Friday, December 4, 2009

TEAM BUILDING - (B) = BANTU

Tak ada orang yang boleh hidup sendiri.... Tinggi mana kedudukan, besar manapun pangkat, macamana hebat pun.. tetap perlukan bantuan orang lain. Kadang kala kita tertipu dengan sangkaan kononnya, semua kita boleh buat sendiri. Tak perlu bantuan sapa-sapa...betul ke?

Hidup sebenarnya lebih senang kalau kita mengakui yang kita memang perlukan antara satu sama lain. Bila bantu orang, kita sebenarnya membantu diri sendiri..Bila menyusahkan orang, kesusahan tu gerenti datang balik pada kita. Mana ada buat jahat dapat balasan baik?

Persoalannya ialah bantu yang macamana? Firman Allah swt,
" Bantu-membantulah dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bantu-membantu dalam perkara dosa dan permusuhan!"

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;
" Jikalau seseorang menghilangkan satu dari kesusahan seseorang didunia ini, Allah swt akan menghilangkan satu dari kesusahannya di akhirat.

Dan jikalau seseorang menyembunyikan satu kesalahan seorang Muslim, Allah akan menyembunyikan kesalahan-kesalahnnya di akhirat, Allah tetap membantu seseorang selagi dia membantu saudaranya.-HR Musnad Ahmad

No comments:

Post a Comment