Friday, December 4, 2009

MOTIVASI SEBENAR

Bila terlalu banyak masalah, kita kadang-kadang hilang arah tuju. Berusaha sudah, berdoa pun sudah tapi masalah tak juga selesai.Ahh...buntu..!!! Apakah Allah tak mahu bantu kita? Astighfirullahal azim ...Jawapannya tidak.

Allah sangat kasih kepada kita tetapi kita yang tak kenal Allah. Apa yang kita tahu tentang Allah....Sikiiiiit sangaaat. Sedangkan sebenarnya Allahlah punca segala kebahagiaan dan harapan kita. Bila kita kenal siapa Allah pasti kita akan malu teramat sangat kerana tidak mengenal Dia. Kalaulah kita faham siapa Allah pasti kita tidak akan putus harapan dan sentiasa bermotivasi tinggi. Dari Salman Al Farsi meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda;

"Sesungguhnya Allah swt mempunyai sifat malu dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak.

Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah swt amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong". - HR Tirmizi

No comments:

Post a Comment