Thursday, December 31, 2009

MANZIL...PENAWAR SAKIT & GANGGUAN

Semalam ziarah kerumah kawan yang isterinya kena saka. Alhamdulillah... mengikut katanya, isterinya dah bertambah baik. Dah boleh makan, buat kerja2 rumah termasuklah hantar anak ke sekolah.

Dulu tak boleh makan...Takut tinggal seorang, badan pun tak bermaya bahkan kat rumah mereka selalu ternampak kelibat lembaga yang masuk ke dalam rumah. Dengan izin Allah sekarang dah ok.

Bila ditanya cemana dia boleh baik? Katanya, ia berkat amalan pembacaan ayat2 Manzil. Sebelumnya dia pernah pergi berubat tapi kurang berkesan. Ustaz yang merawat tu beritahu dia suruh baca Manzil..Lepas tu bila jumpa saya, saya pun yang beritahu dia kelebihan amalan membaca Manzil..bila balik kampung lak, abang dia suruh baca Manzil jugak.

Jadi dia pun mula amalkan. Caranya bacakan ke air. Air tu buat mandi sebelum Maghrib & sebagai minuman. Air tu juga direnjis di 4 penjuru rumah.

Ayat-ayat Manzil ni memang POWER! Ia himpunan ayat Quran yang terpilih dan terbahagi kepada 3 bahagian.
1) Ayat Manzil - Gangguan syaitan dan jin
2) Ayat Munjiyat - Penyelesai masalah
3) Ayat Syifa'- Penawar

Kelebihannya memang terbukti kepada mereka yang mengamalkannya.
Sapa-sapa pun boleh buat SENDIRI, tak payah orang tertentu.Tak payah nak jumpa bomoh! Ya...lah orang Melayu memang macam tu. Sikit-sikit jumpa bomoh. Sama macam cerita kat TV....asyik-asyik cerita hantu...cerita kehebatan hantu...Patutnya ceritalah kehebatan Allah. Hantu x boleh buat apa-apa tanpa izin Allah.

Sebenarnya kes-kes macam ni, kita amal sendiri lagi baik kerana syaitan & jin
ganggu kita bila rohaniyat kita lemah. Bila kita amal, rohani kita kuat dan tak bagi ruang syaitan & jin bertapak dalam diri kita.

Wednesday, December 30, 2009

REZEKI - BAHAGIAN 2

Masih lagi bab rezeki…

Dalam apa-apa perkara pun kita memang perlukan hidayat dan diberikan peluang memilih. Bila pilih sesuatu yang diperintah Allah dengan cara Rasulullah s.a.w pasti kita ada kejayaan.

Bila kerja diluar negara, kita memang terdedah dengan macam-macam ujian. Ada seorang kenalan yang kononnya ‘international’. Bila kami bersama-sama kat sebuah negara jiran, dia makan sup ayam orang kafir sedang masih ada kedai Islam walaupun susah nak cari. “Sedap!” Kata dia dengan angkuhnya. Saya kesian padanya kerana Allah tak bagi dia faham.

Sebenarnya bila kita mahukan sesuatu yang baik, Allah sentiasa membantu kita. Nabi s.a.w beritahu: “Barangsiapa tinggalkan perkara yang haram, Allah akan beri dia yang halal.”

Satu malam ada seorang sahabat yang iktikaf di masjid Nabi berada dalam kelaparan. Pada tengah malam itu dia sudah tak boleh tahan lalu keluar dari masjid. Bila lalu disuatu lorong dia terbau roti yang baru dibakar. Kerana tak tahan, dia menceroboh masuk kedalam rumah. Tiba-tiba dia teringat pesan Nabi: “Barangsiapa tinggalkan perkara yang haram, Allah akan beri dia yang halal.” Dia membatalkan niatnya untuk mencuri makanan itu. Sewaktu keluar dia terlihat pula rantai emas dan berhasrat mengambilnya.

Setelah memegangnya dia teringat lagi pesan Nabi: "Barangsiapa tinggalkan perkara yang haram, Allah akan beri dia yang halal.”. Dia pun meletaknya kembali dan cuba keluar dari rumah itu. Sewaktu nak keluar, dia lihat pintu bilik terbuka dan dalamnya ada seorang wanita yang sedang tidur dengan kainnya yang terselak. Tiba-tiba nafsunya memuncak lalu masuk kedalam bilik. Sekali lagi dia teringat pesan Nabi: “Barangsiapa tinggalkan perkara yang haram, Allah akan beri dia yang halal.”

Dalam keadaan takut dia berlari keluar dari rumah itu dan kembali semula kemasjid. Akhirnya dia tertidur dalam keadaan lapar. Pada paginya dia dipanggil oleh Nabi s.a.w. Ketika itu ada seorang wanita bersama Nabi. Hatinya mula berdebar. “Habislah aku kali ni!” Bisik hatinya.
Wanita itu mengadu pada Nabi s.a.w tentang peristiwa yang berlaku. Kata wanita itu:’ Wahai Rasulullah, rumah saya dicerobohi orang. Saya pula seorang janda. Saya rasa tak selamat dan minta Rasulullah carikan seorang suami untuk saya.

Nabi s.a.w bertanya pula pada sahabat tersebut: “ Kamu macamana? Mahukah kamu berkahwin?” Jawab sahabat itu: “Wahai Rasulullah saya seorang duda dan sedia berkahwin…”

Tanya Nabi s.a.w pada wanita itu: “Sudikah kamu menerimanya sebagai suamimu?” Jawab wanita: “Apa saja yang tuan syorkan…saya terima!” Akhirnya mereka berkahwin.

Lihatlah bagaimana Allah akan perbuat apabila kita buat sesuatu perkara mengikut kehendak Allah. Sahabat itu meninggalkan perkara yang HARAM dan Allah dia beri perkara yang halal. Roti, emas & wanita yang halal untuknya.


Kita cemana?

REZEKI - BAHAGIAN 1

Semalam, buat konsultansi di sebuah syarikat di Serdang. Tengahari tu, terpaksa keluar cari antivirus sebab laptop dah makin teruk...huhuhu.. Yang paling dekat, The Mines.

Sampai dah waktu Zohor. Jadi terus gi solat kat tingkat 3. Lepas tu mula tanya beberapa kedai... akhirnya, belilah Bit Defender. Harganya pun kira oklah. Perut pun dah keroncong sebab dari pagi cuma minum susu ngan beberapa ketul kuih je.

Jadi pergilah ke food court kat situ. Sebelum order makanan, aku pun cuba-cubalah intai lesen halal sebab yang jualnya ramai neng Indonesia. Tak nampak. Yang nampak ialah sijil sembelihan...Aiik..Biar betul! Bila tinjau betul-betul memang sah tak ade sijil halal. Cuma adalah satu kedai orang Islam. Jadi makanlah disitu. Yang sedihnya orang Melayu makan kat kedai Cina punyalah ramai. Tak kisah pun apa yang masuk ke perut dia orang.

Benda yang masuk perut kita ni kena jaga betul-betul sebab ia mempengaruhi ibadat & doa kita. Jangan nanti salahkan Allah bila berdoa Allah tak makbul.

Sabda Rasulullah daripada Abu Hurairah bermaksud:
"Sesungguhnya Allah itu baik, Dia tidak menerima melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang mukmin apa-apa yang Dia perintahkan kepada Rasul."

Allah berfirman bermaksud:
"Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakan amal-amal yang soleh. Dan Dia berfirman: Wahai orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu."

Kemudian ia menyebutkan seseorang lelaki yang jauh perjalanan, yang kusut rambutnya lagi berdebu mukanya, lalu ia menadah kedua-dua tangannya ke langit (dan berdoa):
"Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Padahal makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram, dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram. Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya?" - (HR Muslim)

PERINGATAN:
Kita adalah hamba Allah dan sentiasa perlukan Allah. Biarlah kita tak ada apa-apa asalkan ada Allah. Bila ada masalah kita berdoa dan Allah terima doa kita.

Ikutilah sambungan seterusnya…

SIKAP , FIKIR & KEINGINAN

Dia dianggap bodoh semasa kecilnya. Sejak usia 7 tahun Edison dikeluarkan dari sekolah oleh orangtuanya untuk belajar sendiri di rumah. Pada usia 12 dia mulai berjualan suratkhabar dan buah-buahan di kereta api sambil terus belajar secara sendirian melalui bahan bacaan buku dan ujian kecil di rumahnya.

Kemudiannya ia bekerja sebagai operator telegraf. Pada tahun pertama bekerja, Edison berkali-kali dipecat dari pekerjaannya karena kurang fokus pada tugasnya , kerana sibuk membaca dan menjalankan eksperimen dengan peralatan yang menjadi tugasnya tersebut.

Tahun 1870 Edison berjaya menemukan telegraf dengan fungsi yang terkenal sempurna pada masanya itu.

Pada tahun 1874, dia mendirikan bengkel sains untuk menjalankan ujian dan penelitiannya sendiri dan tahun 1877 ia menemukan gramofon.

Pada tahun 1879, selepas belasan ribu eksperimen yang 'GAGAL', beliau menemukan cara yang untuk menyalakan lampu kalimantang yang berfungsi dengan sempurna. Katanya, dia tidak melakukan ribuan eksperimen yang gagal, melainkan ribuan eksperimen yang memberikannya satu kejayaan yang besar...yang akan mengubah dirinya dan kehidupan orang banyak sepanjang masa...

Edison memegang ribuan hak paten atas berbagai penemuan yang mengubah dunia hingga hari ini. Semuanya didasarkan pada ketekunan, kesabaran, keteguhan dan komitmennya atas apa yang diyakini akan dapat dicapai. Berikut adalah kata-kata Thomas Alva Edison yang terkenal:"Genius adalah 1 peratus inspirasi dan 99% usaha".

Org yg berjaya & gagal hanya dipisahkan oleh sikap. Sikap ditentukan oleh cara berfikir. Dan fikir ini datangnya dari keinginan....keinginan utk berjaya. Kejayaan dunia sifatnya sementara tetapi kejayaan akhirat adalah kekal abadi.

Seorang yg menjadikan keredhaan Allah sebagai matlamat ialah org yg telah benar-benar mempunyai asas utk berjaya. Orang sebeginilah yg faham apakah maksud kehidupannya yg sebenar.

Tuesday, December 29, 2009

MONYET

KISAH TAMSIL

Satu ketika seorang lelaki berjalan-jalan didalam hutan. Bila penat dia duduk bersandar di sebatang pokok dan tertidur....zzzzzz....Bila tersedar, dia dapati topinya hilang. Rupa-rupanya kena curi dengan seekor monyet.

Monyet itu berada diatas pokok memakai topinya. Dia mintak tapi monyet itu mengejeknya. Apa yang dia buat... monyet itu ikut mengajuknya. Bengangnya!! Akhirnya dia dapat satu idea. Dia baling kayu pada monyet itu. Monyet marah dan baling topi kepadanya. Bila dapat topi, lelaki itu pulak yang ketawakan monyet kerana kebodohannya.

Masa berlalu. Kini cucunya pulak yang mengulangi kisah yang sama. Seperti datuknya, si cucu itu tertidur dipangkal pokok juga dan bila sedar topinya juga hilang. Rupanya dicuri oleh seekor monyet. Teringat apa yang diberitahu oleh datuknya, dia membaling kayu kearah pokok.

Tapi monyet itu tidak baling topi, sebaliknya turun dari pokok dan menampar mukanya. Dalam kehairanan dia berkata: "Apasal kau tampar muka aku?". Jawab monyet itu: "Kau jangan nak bodohkan aku! Ingat kau sorang je ada datuk...aku pun ada datuk juga!" ...huhuhu...

PENGAJARAN:
1) Monyet itu ingat nasihat datuknya dan selamat dari dibodohkan orang....Woha!

FIKIR-FIKIRKAN:
Kita macamana? Dah berapa kali ulang sejarah? Nabi beritahu orang mukmin tak masuk lubang yang sama dua kali....Jadi rajin-rajinlah muhasabah diri...Heheheh...takut ulang kesilapan.

Ikut sunnah gerenti takkan tertipu...jangan terima bulat-bulat apa yang orang, bomoh ataupun ustad cakap. Bukan semuanya betul. Nak selamat, tanya dulu...nabi atau sahabat atau imam 4 mazhab ada buat tak.?Kalau tak buat, baik tinggallah....banyak lagi cara lain ada dalam sunnah.

Monday, December 28, 2009

SEBUAH LAGI KISAH UNTUK IKTIBAR

Apa yang anda fikir apabila dengar tentang... seorang gadis berumur 13 tahun melahirkan anak? Gadis ini pula melahirkan anaknya dijalanan...oowwhh?

Apa agaknya anda akan kata bila saya beritahu yang dia menjadi mangsa dera fizikal dan seksual. Dalam bahasa kasar...DIROGOL berkali-kali sebelum umurnya mencapai 13 tahun? Akibatnya dia mengandung...anak itu pula mati sebaik saja dilahirkan! Dia sering diselubungi dengan masalah sebelum berumur 15 tahun.

Mungkin anda fikir, gadis malang ini dah tak ada masa depan lagi? Tahukah anda dia ialah Oprah Winfrey, salah seorang wanita yang terkaya dan berjaya di US? Apalagi dia seorang yang berkulit hitam....dan tanpa menghiraukan semua kekurangan dan deraan yang di alaminya.

Oprah PILIH untuk bertindakbalas secara positif sehingga mampu menikmati hasil luarbiasa yang dimilikinya sekarang.

Pada masa yang sama kita tahu ramai orang yang lahir dalam kekayaan, kelebihan dan sumber serta peluang yang banyak....namun mereka PILIH untuk tak buat apa-apa dengan kehidupan mereka. Malah ramai yang akhirnya musnahkan hidup mereka sendiri.

KESIMPULANNYA:
Tidak ada apa-apa dalam dunia ini yang boleh menghalang kita untuk berjaya kecuali Allah. Firman Allah:
" Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali, kaum itu sendiri yang mengubahnya."

1) Bagaimanapun kejayaan sebenar ialah... kita buat sesuatu perkara mengikut kehendak Allah dengan cara Nabi s.a.w.

2) Sesuatu perkara yang dibuat mengikut kehendak Allah dengan cara Nabi ada bantuan Allah.

3) Bila Allah bantu kita... tiada siapa yang boleh menggagalkan kita. Bila Allah tak bantu kita tiada siapa yang boleh menjayakan kita.


Sunday, December 27, 2009

KAMBING

"Aku tak boleh makan daging kambing... nanti darah tinggi naik!" Inilah rata-rata pendapat orang Melayu tentang daging kambing. Tapi benarkah begitu? Daging kambing tak bagus? Ini tak betul...takkanlah Nabi s.a.w makan benda bermudarat. Yang tak betul adalah sangkaan kita.

Cemana pulak boleh keluar cerita pasal daging kambing? Ni sebenarnya pasal hari ni masak kari kambing... nak ikram kawan-kawan makan lepas program amal masjid tempat kami.

Daging kambing atau chevon (red gold) sebenarnya sangat berzat lagi sedap dimakan dikenali sebagai “naturally occuring health meat” yang memiliki ciri-ciri berikut, iaitu:-
  • Kalori rendah, kadar lemak rendah & nisbah lemak tidak tepu/lemak tepu tinggi
  • Kandungan kolestrol rendah
  • HDL-C tinggi dan LDL-C adalah rendah
  • Mampu menghindari penyakit jantung sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr.John R.Addrizzo (MD) dalam artikelnya, “Use of Goat Milk and Goat Meat as Therapeutic Aids in Cardiovascular Diseases”
  • Menurut kajian Dr.Peter J.D’Adamo – daging kambing amat sesuai untuk jenis darah ‘O’, ‘B’, dan ‘AB’ yang dimiliki oleh seramai 75% rakyat Malaysia.
Persepsi memakan daging berkait rapat dengan darah tinggi adalah lebih kepada faktor psikologi kerana ianya telah di “mindset” kan sebelum ini dan faktor ini yang menyebabkan tekanan darah naik kerana risau memakan daging tersebut.

Pernah dengar tentang kesan 'PLACEBO'? Dalam tahun 1950an para doktor ingin mengetahui tentang kesan psikologi manusia terhadap keberkesanan sesuatu ubat dalam menyembuhkan penyakit.
  • Dalam satu eksperimen, doktor telah memberikan gula2 dalam kapsul berbentuk pil kepada pesakit dan mengatakan yang ianya adalah ubat. Mereka beritahu pesakit, ubat itu efektif bagi menyembuhkan flu dan sakit kepala. Doktor terkejut bila dapati pil gula-gula itu beri kesan yang sama dengan ubat sebenar.
  • Kajian PLACEBO menunjukkan kepercayaan kita mampu mengaktifkan kimia dalam tubuh dan menyembuhkannya. Fakta sains mendapati, dalam tubuh kita ada farmasi yang paling canggih yang membekalkan segala bahan yang diperlukan. Semua sel dalam badan kita boleh TUMBUH SEMULA kecuali gigi.
KESIMPULANNYA:
Keyakinan terhadap sesuatu perkara memberi kesan dalam kehidupan kita. Seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap sesuatu perkara akan memperolehi segala kebaikan. Jadi yakinlah pada Allah & Rasul, nesacaya kita akan memperolehi segala kebaikan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman:
" Aku mengikut sangkaan hambaKu. Bila dia bersangka baik, aku memberinya kebaikan. Dan bila dia bersangka buruk aku memberi sesuai dengan apa yang difikirkannya.

Saturday, December 26, 2009

AZAM ... TIPS BAGAIMANA MENCAPAI MATLAMAT

Tahun baru menjelang lagi. Bagaimana dengan azam kita dulu? Tercapai atau tidak? Kalau tercapai boleh tak kita ulangi lagi.? Kalau boleh tak boleh maksudnya ia hanya sekadar kebetulan. Hmm...Kalau tak tercapai, kat mana pulak silapnya ...?

Kali ni azam apa pulak? Ada orang yang azamnya main-main je dan ada yang benar-benar berazam nak buat sesuatu yang baru ataupun ...BERUBAH. Baiklah! Disana ada sedikit tips berubah yang mudah tapi sistematik. Iaitu Teknik SMS PDA. Apa benda tu? Ianya singkatan bagi unsur penting penentuan matlamat.

S = SPECIFIC (Spesifik)
Setiap matlamat perlu jelas. Turunkan berat badan atau buat lebih duit tak cukup power! Anda mesti kata saya nak turun 15 kg atau saya akan tingkatkan pendapatan dari RM5000 ke RM10,000 sebulan.

Sebenarnya ramai yang tak nak buat komitmen dengan angka yang spesifik kerana pasal takut tak boleh capai. Itu yang bagi matlamat terlalu umum ataupun ada toleransi. Malangnya dengan berbuat begitu matlamat kita tak jelas dan tiada fokus.

Matlamat yang spesifik memudahkan kita buat strategi yang berkesan. Contohnya nak turunkan berat badan 15kg. Diantaranya:
1) Berapa kalori yang kita ambil setiap kali makan?
2) Berapa minit & jenis senaman apa nak buat pada setiap sesi?
3) Berapa kg nak turun sebulan?

M = MEASURABLE (Boleh diukur)
Setiap matlamat mesti boleh diukur! Jadi sihat je bukan measurable. Turun 15kg itulah yang boleh diukur. Minda kita memang ada sesuatu untuk difokus bila ianya boleh diukur.

S = STRETCH (Paksa)
Matlamat yang sikit-sikit tak menarik dan memotivasikan anda. Kesannya kita pun tak begitu serius buat sesuatu tindakan untuk mencapainya.

Bilamana sasarannya besar, stretch menyebabkan anda terpaksa keluar dari zon selesa. Ini baru seronok dan menghasilkan tenaga dalaman yang kuat. Mungkin sekarang ni, ia tak realistik tapi ia menyebabkan anda terpaksa berfikir diluar kotak (Think outside the box).

Ingat! Tiada yang mustahil. Ia cuma... BAGAIMANAKAH caranya?

P = PURPOSE (Tujuan)
Pernahkah anda menetapkan apa-apa sasaran dan cuma kekurangan motivasi untuk mencapainya? Nah sekarang anda sendiri nampak! Sasaran itu sendiri tidak memberikan anda semangat untuk mencapainya. Matlamat... dengan mudahnya memberikan anda arahtuju dan sasaran yang ingin dicapai.

Apa yang benar-benar memberikan anda motivasi ialah tujuan disebalik sasaran. Jadi apabila ianya telah jelas, FIKIR dan TULIS semua sebabnya. KENAPA ia penting bagi anda? Bila KENAPA telah kuat, barulah anda mempunyai motivasi untuk membuat tindakan. Anda akan sanggup BERHADAPAN dengan seluruh dunia untuk mencapainya.

Samalah juga bagi perkara lain yang nak kita capai....KENAPA kita nak sangat? Contohnya:
1) Pelajar dengan pelajarannya
2) Usahawan dengan perniagaannya
3) Manusia dan tujuan hidupnya

D = DEADLINE (Tarikh akhir)
Salah satu punca kegagalan sesuatu matlamat ialah kerana tidak mempunyai deadline. Ramai orang kata, satu hari nanti saya akan capai apa yang saya hajati. Jadi mereka terus menanti... dan menanti... dan menanti hari itu akan datang.

Untuk mula bergerak anda perlu mempunyai DEADLINE. Jadikan ia kenyataan dengan mendenda diri kerana melepasinya. Beritahu kawan, anda akan beri dia RM500 kalau tak berjaya mencapainya. Ini pasti mendorong anda terus bertindak.

A = ACTION PLAN (pelan tindakan)
Akhirnya matlamat anda tidak lain hanya sebahagian dari sebuah mimpi tanpa pelan tindakan. Pelan tindakan anda mesti menerangkan setiap langkah yang perlu dilakukan bagi mencapai apa yang dikehendaki.

Rahsia orang yang berjaya ialah mereka mula melakukan sekurang-kurangnya 3 tindakan dalam masa 36 jam. Sebagai contoh, jika matlamat anda ialah menurunkan berat badan dalam masa deadline 4 bulan. Anda perlu membeli mesin timbang, dapatkan tips menurunkan berat badan dan menuliskan komitmen diatas kertas dan menampalnya didinding.

Bila anda telah mula beberapa langkah, anda akan mendapat momentum meneruskan sehingga matlamat akan tercapai.

NASIHAT PENTING
Kejayaan sesuatu matlamat bergantung kepada izin Allah. Bila niat dan cara kita menepati kehendak Allah barulah Allah akan bantu kita mencapainya.

Nabi s.a.w bersabda:
"Jika matlamat seseorang adalah kerana dunia, maka Allah s.w.r akan memporak-perandakan urusannya, menjadikan kefakiran terbayang-bayang dimatanya dan dia mendapat dunia tidak lebih dari apa yang ditakdirkan oleh Allah kepadanya.

Dan jika matlamat seseorang adalah kerana akhirat, maka Allah s.w.t akan memudahkan urusannya, menjadikan kekayaan didalam hatinya dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan hina." - HR Ibnu Majah.

Friday, December 25, 2009

FIKIR POSITIF... PERLU BELAJAR DARI ORANG YANG POSITIF

Bukan mudah nak jadi ORANG YANG POSITIF. Dan bukan susah nak jadi ORANG NEGATIF. Nak tengok diri kita jenis yang mana, tengoklah bila terjebak dalam masalah. Malangnya masa tu kita tak ada masa nak menilai diri. Kenapa?

Kerana fokus kita ialah... bagaimana nak keluar dari masalah? Cuba kita renung beberapa situasi yang kadang-kadang tu, kita pun mungkin pernah mengalaminya.

SITUASI #1
1. Ada pemandu yang memotong ikut suka hati masa laluintas sesak. Berapa bakul maki hamun kita kerana bengang padahal dia tak dengar pun malah tak peduli pun... Ada tak kita pujuk diri? Fikir, mungkin orang tu ada kecemasan ker...terlewat nak pergi kerja ataupun nak terkucil ker...wohaa..

SITUASI #2
Kena marah dengan boss. Dah tu depan orang ramai pulak. Tebal muka jangan cakaplah. Dalam hati menyumpah-nyumpah kat boss. Apa tindakan kita selepas itu? Lawan balik dengan semangat perjuangan yang membara atau cari sape-sape je untuk lepas perasaan. Lepas kat orang bawahan kita ker..atau cari sape yang bawak mulut..bagitau boss?

Orang positif berfikir cukup mudah. Apa amalan aku yang tak betul sehingga Allah datangkan kepahitan ni pada aku... Jaranglah kita nak mengaku ia kesalahan kita, salahkan orang lebih senang. Tak pun salahkan boss. Tak gitu..hehehe?

Kata orang motivasi:
Orang yang negatif akan bercakap tentang masalah manakala orang yang positif memikirkan penyelesaian.

Firman Allah s.w.t:
Orang-orang yang beriman apabila ditimpa musibah akan berkata:
" Innalillahi wa inna ilaihi ra ji'un. - Perkara ini datang dari Allah dan kepada Allah kita kembali."

[Salah faham yang biasa, doa ni baca kalau ada orang mati je. Bukan begitu...ia di baca setiap kali kita terkena musibah]

Firman Allah lagi"
Ma asobaka min hasantin, faminallah. Wama asobaka min sayyi atin famin nafsik. - Apa yang baik itu dari Allah dan apa yang buruk itu dari dirimu sendiri!"

Ok. Dibawah ini adalah beberapa ciri positif yang kita boleh pilih nak ikut ataupun tak.

1. Dalam kesempitan ada kesempatan
Sir Richard Branson - Terkandas di Beef Island semasa nak balik dari bercuti. Kapal terbang yang membawa mereka ke Puerto Rico tidak dapat terbang. Orang ramai marah dengan kejadian itu tapi dia hanya fikir bagaimana dia dapat balik. Setelah mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan sewa kapalterbang dia membuat keputusan untuk menyewanya. (Harganya USD2000)

Setelah membuat kira-kira, dia kemudiannya telah menaikkan satu poster yang dibuat sendiri dengan kertas. Dia mengenakan tambang kepada orang yang ingin menumpangnya; Beef Island ke Puerto Rico USD 39 seorang. Semua tempat duduk terjual. Bukan setakat dia boleh balik bahkan dapat untung lagi.

2. Dengar dahulu pendapat orang lain
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.

Presiden Abraham Lincoln telah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak! Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata begitu? Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa batalion tentera ke suatu tempat itu akan merugikan kerajaan Amerika. Presiden Lincoln yakin terhadap penjelasan Stanton itu, lalu terus menarik balik rancangannya tadi.

Sebaliknya, seorang presiden lain yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada masyarakat negaranya. Akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan dalam keadaan yang amat mengaibkan.

3. Sentiasa mencari jalan memperbaiki diri
Peter Drucker, seorang profesor ilmu pengurusan Amerika ada berkata:
“Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat untuk dia”.

Dengan sikap seperti ini, setiap orang boleh berjaya. Malah dengan bersikap demikian juga, dapat pula ia membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara yang membina.

Orang yang positif bertanggungjawab kepada diri sendiri serta tindakan-tindakannya - berdikari. Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya.

3. Fokus kepada nilai (manafaat)
Arwah Pak Usop yang berkerja sebagai tukang kebun. Waktu malamnya dia mengambil upah menceraikan cili kering dari tangkai sebanyak 3 guni semalam. Satu guni harganya RM3.00. Maknanya belaiu dapat upah sebanyak RM9.00 satu malam.

Seorang telah menegurnya dan berkata upah itu tak berbaloi berbanding dengan kerja yang dilakukan. Baik berhenti saja. Jawab Pak Usop: " Bagi saya upah bukanlah sebab utama. Bila saya cabut satu tangkai saya dapat zikir 1 kali pada Allah. Dengan itu saya dapat zikir sebanyak bilangan 3 guni cili pada satu malam...Kalau berhenti kerja ni saya akan kehilangan 3 guni zikir pada satu malam.!" ...Allahummaghfirli...

KESIMPULAN
Kata bijak pandai, membetulkan cara berfikir (BERFIKIR SECARA POSITIF) adalah seumpama meletak sebuah keretapi di atas landasannya. Barulah dia akan sampai ke destinasinya. Salah cara berfikir (BERFIKIR SECARA NEGATIF) menyebabkan kita sampai ke destinasi yang salah.

Nota:
Orang yang paling positif ialah Nabi Muhammad s.a.w dan orang yang mencontohi beliau. Contoh lain tetap ada kelemahannya.

Thursday, December 24, 2009

HORMAT ....

Semua orang suka dihormati...dan sangat tak suka kalau tak dihormati. Betul tak? Pada 'perasan' anda, adakah anda seorang yang dihormati orang atau tak? Hmm.. tak pastilah! Apapun jawapannya, setiap perkara ada buktinya.

Dihormati atau tidak semua ni bergantung kepada kita. Ada orang jumpa bomoh nak minta pemanis muka, pengasihlah dll... Macamana dia orang boleh percaya bomoh boleh buat orang hormat dan sayang pada kita. Tengok muka dia pun tak nur. Nak kena tipu dengan jin@bomoh tu adalah... silap-silap kena cabul.

Hakikatnya, yang berkuasa hanya Allah. Selain dari Allah tak boleh buat apa-apa. Bomoh tu dekat sangat ker dengan Allah sampai amal & doanya begitu mustajab. Khak..ptuii... Taubatlah.

Dalam Quran Allah berfirman:
" Apa yang baik itu dari Allah. Dan apa yang buruk dari dirimu sendiri."

Semua perkara yang datang pada kita sebenarnya Allah beri berpunca dari diri kita sendiri. Kalau diri kita baik dan layak Allah berilah... Dan Allah tahu perkara tu merosakkan kita, Dia pun taklah beri pada kita. Takut kufur nikmat. Sayangnya Allah kat kita.

Macamana caranya nak dapat sesuatu perkara, Allah ada tunjuk melalui kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w. Cuba kita renung kisah dibawah ni bagaimana baiknya akhlak Nabi s.a.w. Memang patutlah baginda dihormati dan disayangi kerana sifat yang begitu mulia ada padanya.

KISAH 1
Aishah r.a beritahu: "Akhlak Nabi ialah Al Quran." Satu ketika Nabi duduk bersama para sahabat. Beliau memasak makanan untuk dihidangkan kepada Nabi dan sahabat. Tetapi madunya, Hafsah r.a telah terlebih dahulu menyiapkan makanan daripadanya. Beliau menyuruh khadamnya menumpahkan makanan yang dimasak oleh Hafsah sewaktu menghidangkan kepada Nabi s.a.w

Khadamnya itu telah menumpahkan makanan tersebut. Aishah r.a. menghidangkan makanan yang dimasak olehnya kepada Nabi sebagai ganti makanan yang tumpah itu. Nabi s.a.w menyuruh supaya makanan tersebut diberikan kepada Hafsah manakala baginda sendiri dan para sahabat hanya makan makanan yang tumpah itu.

Kata Aishah r.a Nabi tidak marah. Wajah baginda tidak sedikitpun berubah melihat perbuatan Aishah itu.

[Jangan sangka buruk dengan Ummul mukminin Aishah r.a. Masa tu umurnya masih muda lagi. Aishah r.a kahwin dengan Nabi masa umurnya 9 tahun, bersama dengan Nabi masa umurnya 13 tahun dan bila Nabi wafat umurnya baru 18 tahun.]

KISAH 2
Anas bin Malik r.a beritahu, beliau berkhidmat pada Nabi selama 10 tahun dan Nabi s.a.w tak pernah marah padanya bila dia buat salah.

Satu ketika dia disuruh oleh Nabi pergi ke satu tempat. Dia pun memang nak pergi. Bila keluar dia nampak kanak-kanak lain sedang bermain. Diapun tumpang sekaki. Tiba-tiba Nabi memegangnya dari belakang dan tertawa. Beliau bertanya:" Anas dah pergi ke?" Lalu beliau teringat akan tugasnya dan buat seperti yang disuruh. Nabi tak marah sikit pun.


Akhlak kita hari ni sangat berbeza kerana kita suka buat cara kita sendiri. Kadang-kadang marah tak tentu pasal. Sikit je silap...marah. Sikit je silap...marah. Dah tu saja je jerit kuat-kuat nak suruh orang lain tengok. Nak tarik perhatian orang dengan perangai buruk. Yang gerentinya...Kita sekali-kali takkan dihormati orang dengan perangai yang macam tu.

Hari ni orang bukan Islam tak suka dengan Islam sebab tengok perangai kita. Kalau kita tak ikut Nabi kita nak ikut siapa lagi??? Itulah sebabnya orang tak hormat pada kita...tak ada apa yang boleh dibanggakan.

Nota:
[Anas r.a mula berkhidmat (belajar) kepada Nabi sewaktu umurnya 10 tahun]

Kisah lanjut mengenai kebaikan akhlak ini kita boleh baca dalam banyak kitab. Di antaranya Hayatus Sahabah karangan Maulana Yusof Kandahlawi.

LUPUT TARIKH

Konon-kononnya pada suatu ketika ada seorang yang hidup dalam kemiskinan. Dia cuba mencari kerja untuk mengatasi masalahnya itu. Akhirnya dia diterima bekerja sebagai penebang kayu balak. Dia diberi sebilah kapak.

Dia seorang yang rajin bekerja. Hari pertama bekerja dia dapat menebang 20 batang pokok. Majikannya sangat gembira. Pada hari kedua bekerja dia hanya dapat menebang 15 batang pokok sahaja. Pada hari ketiga jumlah pokok yang ditebang hanya 10 batang. Dia sedar produktivitinya makin berkurangan dan berazam untuk bekerja dengan lebih kuat.

Pada hari berikutnya jumlah pokok yang ditebang hanya 5 batang. Majikannya memanggilnya untuk mengetahui kenapa produktiviti menurun dengan begitu ketara. Dalam keadaan risau takut dibuang kerja dia cuba menerangkan keadaannya.

Katanya: "Saya minta maaf...saya sendiri tak tahu apa yang dah jadi dengan saya. Saya memang kerja dengan kuat tetapi semakin hari semakin kurang. Errr...tolonglah jangan buang saya."

Majikannya bertanya padanya: "Bila kali terakhir awak asah kapak awak." Rupa-rupanya dia hanya menebang pokok tanpa mempedulikan kerja mengasah kapak.

PENGAJARAN:
1. Kita mesti sedar prestasi kita..jangan hanya tahu kerja dan menganggap semuanya ok. Perkara yang mempengaruhi mutu kerja pun kena ambil tahu juga.
2. Bila ada masalah jangan anggap ia akan selesai sendiri. Tak ada selesainya, bertambah adalah. Belajarlah menyelesaikan masalah kecil.. untuk memahirkan diri menyelesai masalah besar.
3. Rujuklah kepada orang yang lebih berpengalaman jika kurang faham. Kerja kuat saja tak cukup...kita juga perlu ada teknik yang baik.

Ilmu yang kita ada perlu ditingkatkan takut nanti ketinggalan zaman. Kalau grad dah lebih 10 tahun, pergilah sambung belajar. Apa yang kita belajar dulu tu...mungkin dah ketinggalan zaman.

Ini baru ilmu dunia belum lagi ilmu agama. Kalau tak tau ilmu agama lagi parah. (apa yang Allah nak dari kita) Mati dah dekat tapi masih tak tau macamana nak dekatkan diri dengan Allah. Carilah..tapi biar guru yang betul kalau tak bukan tambah baik, tapi bertambah masalah.

Kata bijak pandai ada 3 jenis manusia;
i. Orang yang beruntung - Hari lebih baik dari semalam.
ii. Orang yang rugi - Hari ni dan semalam sama saja. Tak bertambah apa-apa....
iii. Orang yang malang - Semalam lebih baik dari hari ini..

Bila dihantar berkursus...manafaatkanlah sebaik-baiknya. Ramai orang yang nak pergi tapi tak dapat peluang. Nanti mengabihkan bogheh je...hehehe. Jangan marah nanti kena jual! Fikir-fikirkan...

Wednesday, December 23, 2009

PERSEPSI DATANGNYA DARI CARA BERKOMUNIKASI

Persepsi orang kepada kita bergantung kepada percakapan & amalan kita. Ada orang suka bercakap sesuka hati lepas tu mengadu tentang orang sekian-sekian berbuat@berkata begini dan begitu kepadanya.

Ada orang yang gunakan akal manakala setengahnya pula langsung tak guna akal bila buat sesuatu. Sifat berhati-hati ni sebenarnya bagus kerana kita sebenarnya, sentiasa diperhati dan dinilai orang tak kiralah siapa kita. Kadang-kadang kita tak perasan tapi orang perasan. Contohnya cara kita bercakap. Kata orang:
"Orang yang tak cemerlang bercakap tentang MASALAH manakala orang yang cemerlang bercakap tentang PENYELESAIAN." Hmmm..cuba cek balik..kita selalunya suka cakap tentang apa?

Pepatah China ada menyebut:
"Dua orang yang berbeza cakap perkara yang sama..natijahnya berbeza."

Kenapa boleh jadi camtu? Jawapannya adalah kerana pengaruh PERSEPSI. Setengah orang kata kita buat apa-apa kena ikhlas... bukan kerana orang. Betul! Tapi itulah namanya kurang cerdik bila kita buat dengan membuta tuli jer.... Dua-dua perkara ini perlu ada pada kita. Apa dia?
1) Buat sesuatu mesti ikhlas.
2) Awas dari menimbulkan syak wasangka orang kepada kita.

Kenapa?
1) Untuk elakkan timbulnya fitnah yang menjejaskan imej kita.
2) Mengelakkan orang lain dari berdosa. Maksudnya dia buat dosa kerana kita.

Pada suatu malam Nabi Muhammad s.a.w berjalan bersama dengan isterinya dalam kegelapan malam. Mereka terserempak dengan 2 orang sahabat yang berjalan cepat-cepat bila nampak Nabi bersama dengan seorang wanita.

Nabi s.a.w telah memanggil mereka. Bila keduanya datang, maka baginda s.a.w beritahu yang wanita itu adalah isterinya. Kata mereka: "Kami tak cakap apa-apa!" Nabi beritahu mereka yang dia mesti menunjukkan kepada mereka dengan jelas supaya syaitan tidak menimbulkan dalam fikiran mereka apa-apa sangkaan yang buruk terhadap baginda.

Kalaulah Nabi s.a.w yang mukhlis, maksum dan mahfuz pun bersungguh-sungguh menjaga persepsi orang terhadap baginda s.a.w..apatah lagi kita yang serba kurang ni... Itulah namanya kurang cerdik kalau kita buat tak ambil peduli dengan persepsi orang kepada kita.

Imam Bukhari pernah tolak hadis dari seseorang kerana lihat orang itu menipu keldainya dengan berpura-pura beri makan. Tapi bila keldai tu datang, dia tak bagi makan.

Kata orang politik, kita bukan hanya bersih tapi mesti nampak bersih.

Kesimpulannya persepsi lahir dari cara komunikasi kita. Jangan beri sebarang ruang pun untuk fitnah datang kepada kita. Menghuraikan sesuatu yang kusut bukanlah perkara mudah. Oleh itu jaga:
1) Adab - Jangan terkurang peng"ajar"an
2) Sikap - jangan tertunjuk ke"negatif"an
3) Air muka - Mencerminkan kecantikan @ kehodohan hati
4) Kerja - Menunjukkan wibawa kita...Makan gaji halal atau gaji buta
5) Mulut - Cakap perkara baik ataupun diam
6) Niat ikhlas - Allah sentiasa nampak walau orang tak nampak

Berdiam diri tu sebenarnya lebih baik dari bercakap perkara yang tak berfaedah. Bagi orang yang bijak... diam itu sebenarnya satu seni yang menyelamatkan diri.

Dari Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
" Barangsiapa yang diam, dia terselamat." - HR Tirmizi

Nota:
Mukhlis - orang yang ikhlas
Maksum - bebas dari sebarang dosa
Mahfuz - terpelihara dari buat dosa.

BUKAN SEMUA KESILAPAN SELESAI DENGAN MINTA MAAF

Salam. Dah beberapa hari tak update blog ni...bukan x ada mood tapi laptop hantar gi update OS dari XP ke Window 7. Ya..lah..asyik tengok yang lama sampai dah boring. Punyalah semangat bila tengok grafik baru.

Cantik memang cantik, tapi rupanya Window 7 ni tak boleh baca broadband... memang x ada driver. Jadi terpaksalah pergi tukar balik ke OS lama. Tengoklah macamana Microsoft selesaikan ni kerana kalau semua jenis broadband yang ada dipasaran x boleh berfungsi, alamatnya tak lakulah OS yang baru diperkenalkan ni.

Tak semua yang baru tu bagus...Kadang-kadang dalam keghairahan kita mengejar pembaharuan kita terlepas pandang perkara yang penting. Setiap KESILAPAN ada HARGA yang perlu DIBAYAR. Sebab tu kita kena berhati-hati dengan kesilapan. Bukan semua perkara selesai dengan MINTA MAAF.

CONTOH:
i. Terzina - kena tanggung akibat seumur hidup.
ii. Terhisap dadah - mungkin jadi mayat hidup.
iii. Tersalah pilih jalan - sesat sampai akhirat.

Kata bijak pandai:
"The wise man correct himself from other people's mistake." - Orang yang bijak membetulkan dirinya dari kesilapan orang lain. Maksudnya... kita tak perlu buat silap untuk jadi baik.

Tiada siapa yang tak buat salah. Orang yang terbaik ialah bila buat salah dia segera bertaubat.
(mengakui kesalahan dan memperbetulkan kesalahannya). Caranya, selalu muhasabah diri. Saidina Umar r.a setiap malam akan memuhasabah dirinya walaupun Nabi Muhammad s.a.w beritahu sekiranya ada nabi lagi selepas baginda, maka Umarlah orang yang paling layak...walaupun dijamin syurga sewaktu masih hidup.

Muhasabahlah diri dan minta kekuatan dari Allah untuk buat perubahan ke arah yang lebih baik dan... jangan pulak muhasabah orang. Tambah dosa jer..

Wednesday, December 16, 2009

KHIDMAT PELANGGAN..OH KHIDMAT PELANGGAN

Pernahkah anda berurusan dengan mana-mana organisasi di Malaysia samada kerajaan ataupun swasta? Jawapannya tentu... pernah! Bagaimana pendapat anda? Ada sebarang perubahan atau tidak? Kalau beri markah 1 hingga 10, berapakah agaknya anda akan beri?

Banyaknya soalan! Ini kerana sukar untuk memberi gambaran secara tepat tentang mutu khidmat pelanggan di Malaysia. Pengalaman berurusan dengan sesetengah organisasi ... memang memeritkan. Benarlah kata bekas PM - Pak Lah:
" kita ada fasiliti kelas dunia tetapi berhadapan dengan mentaliti kelas tiga."

Ini pengalaman terbaru saya:
1) Berurusan dengan sebuah syarikat telekomunikasi. Setiap kali saya menelefon call centernya, pasti saya akan diberi alasan yang tak masuk akal atau sikap endah tak endah perundingnya. Termasuklah nak batal satu khidmat SMS berbayar yang saya tak pernah mintak pun tak boleh buat...suruh saya settle sendiri. Akhirnya bila saya buat laporan kat Biro Pengaduan Awam...barulah kelam kabut boleh buat.

2) Saya pernah di 'sound' oleh kerani tol kerana cuba mengelak dari menyentuh tangannya.{Bukan mahram}. Kat mana dia belajar cara bercakap dengan pelanggan macam tu?

3) Respon cepat dari Biro Pengaduan Awam walaupun cuma melalui satu laporan online. Satu perkara yang saya tak pernah sangka begitu cepat respon. Tahniah.

Secara jujur..saya mengatakan yang kita masih jauh terkebelakang dalam bidang khidmat pelanggan. Mungkin sesetengah jabatan yang agak bagus..tapi rata-ratanya tidak nampak kenapa mereka perlu berubah TERMASUKlah organisasi yang sudah diswastakan.

Adakah sebarang cadangan untuk mengatasinya? Jawabnya ada..Cuma adakah kita serius atau tidak untuk mengatasi keadaan ini?

Tuesday, December 15, 2009

STRES...MUNGKIN INI SALAH SATU PUNCANYA

Banyak perkara berlaku diluar kefahaman kita....

Saya ada seorang kawan yang bekerja sebagai pengurus disebuah kilang. Suatu ketika jabatan dibawah jagaannya menghadapi berbagai masalah besar yang boleh menjejaskan bisnes syarikat. Masa tu dia berdepan dengan 3 tekanan:
1) GMnya sangat marah dan dia diberi kata dua. Kalau tak mampu selesaikan masalahnya..lebih baik berhenti.

2) Pekerja bawahannya tidak mahu membantunya termasuklah jurutera, penyelia dll. Kerana itu dia terpaksa buat sendiri. Waktu malam dia terpaksa datang ke tempat kerja untuk selesaikan masalah sehingga ke pukul 3.00 pagi dan mengorbankan hari cutinya.

3) Isteri pulak buat hal sehingga hantar sms yang berbunyi: " Ya..lah. Kami dah tak penting dalam hidup abang. Siapalah kami ni...". Lebih kurang bunyinya bila dia tunjukkan pada saya.

Ketika dia rasa dirinya sangat tertekan dan sedih. Dadanya terasa sempit ...fikirannya buntu. Dia beritahu saya: "Aku dah tak tau nak wat cemana lagi." Tiba-tiba dia teringat untuk menelefon ibunya. Dia kemudiannya telah menelefon dan berkata dia ingin minta maaf sekiranya dia ada buat salah. Ibunya berkata: "Baiklah! Ibu maafkan."

Dia berkata. "Lepas tu semua masalah aku selesai!"

Kita selalu tidak sedar...apa yang berlaku sebenarnya berpunca dari kita. Lebih senang untuk menyalahkan orang lain dari mengakui yang ianya salah kita. Itulah sebabnya macam-macam cara kita buat...tapi masalah tak selesai juga.

Buat baik dapat balasan baik. Manakala buat buruk mesti dapat balasan buruk. Tak kiralah dengan siapapun. Bersalah pada Allah & Rasul..bersalah pada ibubapa...bersalah pada manusia lain..

Nabi s.a.w beritahu kita, bila seorang buat salah pada ibubapa balasannya akan kena didunia lagi. Kalau anda orang yang baik tapi banyak masalah juga...cuba lihat adakah kita sakitkan hati ibubapa kita?

Monday, December 14, 2009

APA SAJA HAJAT...DAPATKANNYA MELALUI ISTIGHFAR

Mafhum hadis Nabi s.a.w:
" Barangsiapa yang melazimkan dirinya dengan istighfar, Allah akan mengeluarkannya dari setiap KESEMPITAN dan menghilangkan segala KEBIMBANGANnya dan MEMBERIKANNYA REZEKI dari sumber yang tak disangka-sangka." - HR Abu Daud

Seorang ulamak besar, Syeikh Ilyas Kandahlawi menganjurkan kita supaya beristighfar PALING KURANG 100 x selepas Subuh dan 100X selepas Asar. Bagaimana dengan anda? Berapa kali anda beristighfar setiap hari?

Imam Ahmad bin Hanbal ialah salah seorang imam 4 mazhab. Beliau merupakan seorang yang sangat alim, sangat menjaga amalan agama serta tawadhuk. Pada satu hari beliau telah pergi ke suatu tempat. Urusannya mengambil masa yang panjang hingga menyebabkannya perlu bermalam disitu.

Dia telah pergi ke masjid dan minta izin untuk beriktikaf disitu.. malangnya, beliau telah dihalau oleh penjaga masjid tanpa mengetahui dia ialah Imam Ahmad.(Rupanya penyakit halau orang dari masjid dah ada sejak dari dulu lagi)

Seorang penjual roti yang melihatnya dihalau telah mengajak beliau bermalam dirumahnya. Imam Ahmad melihat orang itu tidak putus-putus beristighfar. Beliau bertanya: " Tuan selalu beristighfar...apa yang tuan dapat?

Penjual roti itu berkata: "Melalui istighfar, apa yang saya nak semuanya saya dapat kecuali satu perkara... Saya ada dengar tentang seorang alim besar yang bernama Ahmad bin Hanbal. Hati saya ingin sangat bertemu dengan beliau. Sampai sekarang masih belum dapat."

Lalu Imam Ahmad berkata: "Kerana istighfar & keinginan kamulah, maka saya kena halau dari masjid."

PENGAJARAN:
Penyelesaian bagi semua masalah adalah cukup mudah iaitu...istighfar. Tapi kita terlalu malas atau kurang yakin. Untuk faham perkara ini...kita hanya perlu amal dengan istiqamah.

Janji Allah & Rasulnya adalah benar & pasti. Janji lain semuanya tak ada jaminan.
Mafhum hadis Nabi s.a.w: "Barangsiapa amal satu perkara yang dia tahu, Allah akan beri dia ilmu yang dia tidak tahu."

KAWAN KU YANG LASER

Manusia ada macam-macam jenis. Ada yang laser...ada yang pendiam dan berbagai lagi. Anda pula jenis yang cemana? Sifat ini wujud secara tabie tapi perlu digunakan dengan betul. Kita kena kawal diri supaya ia tidak memudaratkan diri kita dan orang lain.

Kali ni, saya nak kongsi tentang seorang kawan . Kami sering keluar minum bersama bila ada masa lapang. Dia ni jenis yang walaupun baik tapi suka 'melaser' orang. Kami memang masak dengan perangainya tetapi cuma buat tak kisah . Yalah... setiap orang ada kebaikan dan kelemahan masing-masing. Mana yang tak betul tu kira lebih kuranglah.

Nak jadi cerita... satu hari ada mesyuarat penduduk ditempat saya. Lepas Solat Subuh dia ajak saya pergi mesyuarat. Saya katakan padanya dengan baik yang saya tak dapat menghadirinya. Hari tu tiap kali kami jumpa lepas solat 5 waktu, dia asyik mengungkit perkara tersebut. Apa ke hal mamat ni?

Malam tu saya kena bagi tazkirah kat surau berdekatan. Dia pun ikut bersama saya. Dalam perjalanan balik, dengan bangganya dia bagitau: " Apa yang demo beritahu semuanya kena atas batang hidung sendiri!" Saya tak faham dan minta dia jelaskan. Dia pun macam biasa melaser tak kena tempat. "Ini tak boleh jadi," bisik hati saya. Akhirnya saya 'sound' dia dengan baik tapi tegas sampai dia terkedu.

Lepas dari hari tu dia pun mula menjauhkan diri. Rupa-rupanya orang yang sering 'melaser' orang ni, sensitif rupanya...Nampak je macam kebal! Sampai sekarang, saya menyapanya macam biasa...tapi dia sering menjauhkan diri. Dia tengah merajuk..biarlah dulu. Nanti kita ikram dia balik. Harap lepas ni dia sedarlah.

PENGAJARAN:
1) Dalam berkawan kita jangan paksa mereka ikut kehendak kita je. Kita perlu ada 'empathy'.

2) Nak laser biar bertempat. Fikir dulu... Apa faedahnya perbuatan tu pada diri kita dan kawan kita? Ada orang yang suka buat sesuatu yang tak ada faedah pun pada diri sendiri & orang lain. Jangan kita termasuk jenis yang macam tu!

3) Ramai orang suka muhasabah orang...tapi lupa muhasabah diri sendiri.

4) Orang laser ni, nampak je macam kebal..rupanya hati kecik. Sensitif rupanya...hehehe. Sabar je lah...

5) Maksud kita dengar percakapan agama ialah untuk baiki amal diri kita... bukan untuk cari point cek amalan orang. Itulah sebabnya walaupun dah dengar berkali-kali... amalan & sikap tak berubah. Hasilnya orang ditegur jadi baik manakala orang yang menegur tak baik-baik... Nauzubillah.

Friday, December 11, 2009

BERANI BERUBAH?

Kalau tak dapat ubah dunia, ubahlah dirimu ikut dunia.- Pepatah China

Insanity is doing the same thing & expecting a different result. ( Gila..ialah melakukan perkara yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berbeza ) - Anonymous

Berubahlah..kata-kata yang sering kita dengar. Semua orang tahu kalau nak jadi lebih baik... kita perlu berubah. Tapi selalunya macam-macam alasan yang diberi. "Saya nak berubah tapi kalau saya sorang je mana boleh...Dia orang pun kena berubah juga."

Orang yang tidak mahu berubah..akhirnya akan di ubah juga. Ubah yang macamana? Pastinya ke arah yang lebih baik, bukannya ke arah yang lebih teruk. Perubahan bermula dari dalam diri.

Kita dengan penuh kerendahan hati, mengakui ketidaksempurnaan diri dan membuat sesuatu untuk mengatasinya.

MACAMANA NAK BUAT KALAU NAK BERUBAH?

Saya ada seorang kawan yang baru mendapat hidayat dari Allah dan mengubah dirinya dengan begitu mengkagumkan sekali. Kami sering bermuzakarah terutamanya berkenaan perkara apa yang patut kita buat dan mana yang perlu didahulukan.

Beliau telah mengamalkannya dengan begitu baik termasuklah:

1. Menjaga solat berjemaah.

2. Mendengar hadis Nabi s.a.w disurau setiap hari.

3. Menjaga 4 rakaat solat Isyrak

4. Menjaga zikir, selawat & istighfar 100x setiap lepas Subuh & Asar.

5. Menjaga solat Dhuha 12 rakaat.

6. Solat Tahajjud sekurang-kurangnya 2 rakaat setiap malam.

Semua yang dipelajari telah di amalkan. Malangnya, bila dia cuba menerapkannya dirumahnya isterinya susah nak terima. Bila dia kumpulkan keluarganya untuk bacaan hadis, isterinya mengikutinya dengan berat hati. Muncungnya...hmmm...jangan cakaplah.

Saya cuma berpesan kepadanya jangan paksa. Semua perubahan perlukan masa dan strategi. Lalu saya pun cadangkan kepadanya supaya menukar sedikit tabiatnya. Kalau selalunya kami yang keluar minum..tapi sekali-sekala keluarlah pulak minum dengan isterinya.

Hasilnya sekarang...isterinya telah siap bertudung dengan sempurna menunggu program bacaan hadis. Kalau dulu cuma tutup kepala denagn tuala je...Ini cukup menggembirakannya. Saya juga mencadangkan supaya dia sekali-sekala cucilah pingan didapur atau tolong sidai pakaian.

Hasilnya.. isterinya lagi gembira dan kini juga setekun dia belajar berubah kearah yang lebih baik. Sekarang ni jirannya dan rakan sekerjanya pun juga sering bertanya jika ada perkara baru yang dapat dikongsi.

KESIMPULANNYA

  • Bila nak berubah pasti akan terdengar suara-suara sumbang...tapi janganlah biarkan ia mematikan semangat kita.

  • Bila kita berubah..orang lain juga akan berubah. Jangan sangka buruk dengan orang jika mereka tidak menerima. Mungkin banyak lagi perkara yang kita belum buat...

  • Jangan paksa orang menerima perubahan kita..tapi istiqamah kerana sampai masanya mereka akan faham keikhlasan anda.

Wednesday, December 9, 2009

KESUSAHAN... BUKANLAH SEPERTI APA YANG KITA FIKIR

Susah....hmm..Semua orang tak suka susah. 3 perkara yang tak boleh tidak, mesti nak:
1) Kenyang..tak nak lapar
2) Senang ..tak nak susah
3) Menang .. tak nak kalah

Walau macamana pun Allah tetap juga beri kesusahan tu pada kita. Kenapa? Ada banyak sebab.. Mungkin ujian.. mungkin juga rotan dari Allah .. dan mungkin juga balasan Allah? Baiklah.. Topik kita kali ni ialah kesusahan sebagai sumber pembinaan diri..'TO BECOME A BETTER PERSON'.

Macamana pulak tu? Ya...lah tak semua susah tu tak baik bahkan baik untuk kita. Begini...

Ada seorang lelaki yang memperhatikan seekor rama-rama yang cuba keluar dari kepompongnya. Rekahan kepompong yang terlalu kecil itu menyebabkan ia terpaksa berhempas-pulas untuk keluar. Kemudian rama-rama itu berhenti berusaha. Nampaknya seperti setakat itu saja dia boleh buat.

Dia terfikir untuk menolong rama-rama itu jadi dia telah menggunting kepompong itu.. jadi rama-rama dapat keluar dengan mudah. Rama-rama yang keluar itu hanya mempunyai kepak yang lemah dan kecil.

Dia terus menunggu dan berharap rama-rama tersebut akan mengembangkan sayapnya dan terbang pada bila-bila masa. Malangnya perkara tersebut tidak berlaku. Rama-rama dengan kepak yang cacat itu hanya merangkak seumur hidupnya dan tak pernah dapat terbang.

PENGAJARANNYA:
Apa yang lelaki tersebut yang dalam sifat baik & keinginan untuk menolong tidak sedar ialah, susahnya rama-rama untuk keluar dari kepompong itu adalah cara bagaimana Allah menghilangkan lendir dari sayapnya dan berbagai perkara lagi yang kita tak faham. Jadi bila keluar, rama-rama itu dapat menggunakan sayapnya untuk terbang.

Kadang-kadang kesusahan adalah... apa yang sebetulnya kita perlukan dalam hidup ini. Kalaulah Allah menjadikan hidup kita tanpa sebarang kesusahan, kita tidak akan jadi sekuat sekarang. Tidak pernah dapat terbang.

  • Kita minta kekuatan..jadi Allah berikan kita kesusahan untuk jadikan kita kuat.
  • Kita minta kebijksanaan.. jadi Allah berikan kita masalah untuk diselesaikan.
  • Kita minta kesenangan.. jadi Allah berikan kita akal dan kemampuan untuk berusaha.
  • Kita minta keberanaian .. jadi Allah berikan halangan untuk kita atasi.
  • Kita minta kasih sayang .. jadi Allah berikan orang yang susah untuk kita bantu.
  • Kita minta macam-macam .. jadi Allah berikan kita berbagai peluang
Kita tak dapat apa-apa yang kita MAHUKAN, tetapi Allah berikan kita apa saja yang kita PERLUKAN!

Jadi kesusahan bukanlah sebenarnya kesusahan, bahkan ia adalah RAHMAT.





Tuesday, December 8, 2009

KENAPA KITA TAK CEMERLANG?

Kenapa kita tak cemerlang? Jawapnya kerana kita sakit. Eh.. taklah! Aku sihat jer.. kau ni biar betul! Kat luar tu memanglah, tapi kat dalam cemana?

Kata Syeikh Ilyas Kandahlawi kita sebenarnya dilanda penyakit ini (Maaf ikut bahasa saya sendiri) :
1) Salah keyakinan & suka buat sesuatu ikut cara sendiri.
2) Banyak terlibat dalam dosa.
3) Jahil agama & hidup dalam kelalaian
4) Perangai buruk
5) buat sesuatu tak ikhlas
6) Salah guna nikmat

Ruang ini saya buka kepada perbincangan kerana tahu ramai yang diluar sana tahu tentang masalah ini serta cemana caranya nak selesaikannya.

KEADAAN KITA... ADALAH APA YANG KITA PILIH

Berjaya atau gagal sebenarnya… PILIHAN kita. Tak setuju!!! Mungkin ada yang kata itu di tentukan oleh Allah. Benar !!! Tiada keraguan tentangnya. Saya 100% yakin. Tapi, adakah kita tahu apa yang ditakdirkan oleh Allah untuk kita?

Topik kita disini ialah tentang PILIHAN. Apa yang kita perolehi dalam hidup datangnya dari pilihan kita sendiri. Semua ini terbukti didepan mata mahupun yang tersimpan dalam lipatan sejarah. Begitu ramai tokoh-tokoh yang kita boleh pelajari dari kehidupan mereka.

Anda sekarang cemana? Berjaya atau gagal? Kaya atau miskin? Gembira ataupun sedih? Itulah pilihan kita. Hakikatnya kita gagal adalah kerana kita pilih untuk gagal. Tandanya ialah kita pilih untuk:

1) Tidak berusaha…

2) Menafikan kebolehan diri…

3) Menyalahkan orang lain…

4) Memilih untuk meratapi diri dari… BERUSAHA MENGATASINYA.

Allah beri kita peluang untuk memilih samada untuk jadi senang atau susah, miskin atau kaya, gagal ataupun berjaya. Oleh itu sentiasalah pilih untuk kejayaan yang kekal abadi. Kisah teladan:

Abdullah bin Mubarak adalah di antara ulamak besar yang sangat disegani dalam dunia Islam dan merupakan salah seorang guru kepada Imam Bukhari. Datuknya ialah seorang yang kaya. Dia ada seorang anak gadis yang sangat cantik sehingga menjadi rebutan ramai orang termasuklah khalifah, hartawan dan macam-macam orang lagi.

Keadaan ini telah menyebabkan datuknya begitu serba salah dan telah berbincang dengan isterinya. Tapi isterinya juga buntu. Mereka mempunyai seorang hamba bernama Mubarak. Dia seorang yang sangat warak dan bijak.

Tuannya telah bertanya kepadanya bagaimana nak selesaikan masalahnya itu. Jawab beliau: " Senang saja! Kenapa tuan susah? Kalau tuan sukan kekayaan, tuan kahwinkan dia dengan orang kaya. Kalau suka kan pangkat, tuan kahwin dia dengan orang yang berpangkat. Kalau sukakan agama, kahwinkan dia dengan orang yang beragama!"Jawab Mubarak.

Jawapannya itu sangat membekas dihati tuannya. Datuknya pun berbincang kembali dengan neneknya. Kata datuknya:"Kalau kita pilih selain agama... semuanya adalah perkara yang tidak kekal. Oeh itu kita kena pilih kejayaan yang kekal iaitu agama."

Neneknya telah bertanya: “Siapakah orang yang paling baik agamanya.” Jawab datuknya: “Dalam pengamatanku…orang yang paling warak beragama ialah Mubarak. Bagaimana kalau kitajadikan dia menantu kita?” kata datuknya. “Isshh..abang ni. Malulah kita kalau orang dengar kita kahwinkan anak dengan hamba kita.” Bantah neneknya. Datuknya bertegas: “ Kalau dia hamba.. kita bebaskan dia, maka dia akan jadi orang yang merdeka. Kalau dia miskin,… kita berikan dia sebahagian harta kita, maka dia kan jadi kaya.

Berkat dari pilihan inilah maka dari keturunannya lahir orang yang unggul tersebut.

Di depan kita sentiasa ada pilihan, jadi buatlah pilihan dengan tepat.


Monday, December 7, 2009

TEAM BUILDING - (C) = CERIA

Anak Abu Talhah r.a sedang sakit bila beliau ingin berangkat kerana suatu urusan. Isterinya Ummu Sulaim r.anha telah memandikan jenazah anaknya, membaluti mayat & meletakkannya diatas tempat tidurnya. Setelah selesai dia pun mandi, menukar pakaian dan menghiasi dirinya.

Apabila suaminya pulang dan berbuka iftar , dia bertanya tentang anaknya. "Bagaimana keadaan anak kita?" "Beliau dalam keadaan aman." Abu Talhah berpuashati. Mereka telah bersatu pada malam itu.

Pada pagi harinya Ummu Sulaim telah bertanya pada suaminya. "Aku mempunyai satu soalan nak ditanya..." Abu Talhah berkata," Apakah dia itu?" Andaikata kita di amanahkan sesuatu dan tuannya ingin mengambillnya kembali...Boleh tak kita menyimpannya? "Tanya Ummu Sulaim. "Tidak kita mesti memulangkannya!" Jawab Abu Talhah.

Kata Ummu Sulaim:
" Anak kita Abu Umair yang diamanahkan oleh Allah kepada telah pun kembali kepadaNya." Abu Talhah telah diselubungi perasaan pilu. Beliau berkata: "Mengapa engkau tidak mengkhabarkan kepadaku sebelum ini?

Dia telah memberitahu kisah itu kepada Nabi s.a.w. Baginda berdoa untuknya dan berkata:" Barangkali Allah akan memberkati persetubuhan mu itu? Mereka telah dapat seorang anak lelaki dan beliau pula memperolehi 9 orang anak lelaki yang semuanya menjadi Qari Al Quran.

Bagaimana dia boleh jadi begitu ceria melayan suaminya sehingga suaminya pun tak perasan yang anak dah meninggal. Jawabnya kerana... REDHA dengan TAKDIR. Untuk apa pula dia menunjukkan keceriaannya...Jawabnya, untuk mengelakkan suaminya sedih. Mampukah kita jadi spt mereka. Kerana itulah Allah sayangkan mereka.

Nabi S.A.W menyatakan dalam suatu hadith bahawa sesiapa yang bekerja dengan kuat dari pagi hingga petang, kemudian dia berasa penat, letih selepas waktu dia bekerja, maka diampunkan dosa-dosa kecilnya.

Bekerja dgn kuat sampai berasa keletihan, ditambah lagi diniatkan ikhlas ibadah kerana-Nya adalah salah satu petua untuk ceria sepanjang hari. Kerja yang kita buat secara lepak-lepak…malas-malas…tidak bersungguh… membuatkan kita rasa kurang berpuas hati terhadap apa yang kita telah lakukan, sekali gus tidak mampu menjadikan kita ceria dan bahagia pada hari berkenaan.


KOMUNIKASI BERKESAN - PETUA CEPAT MENYESUAIKAN DIRI

Artikel in menerangkan bagaimana anda boleh cepat menyesuaikan diri dengan keadaan, orang sekeliling dan persekiataran baru tanpa perlu ada tekanan emosi sebaliknya, dengan kerelaan hati.

1. MAAFKAN

Pada malam sebelumnya, maafkan semua orang, lupakan kesalahan-kesalahan mereka (lupakan habis!) dari dulu sampai sekarang. Teknik ini mencuci hati dari fikiran negatif, emosi-emosi negatif lalu mengelak anda dari tertekan saat berjumpa dengan persekitaran baru.

Ia adalah rahsia komunikasi MAGNETIK, di mana hati yang bersih menarik sesiapa jua supaya jadi senang bila berhampiran dengan Anda. Masalah kebanyakan orang, mereka susah nak jadi pemaaf.

2.NIAT

Mulakan dari niat. Pasang niat dalam hati yang anda mahu berbaik dengan mereka. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

3. SALAM

Ucap salam perkenalan atau bertanya khabar, beritahu nama anda sambil berjabat tangan. Pamerkan wajah energetik, pandang terus ke mata. Hanya mata orang tu bukannya meliar ke bibir, hidung, kening, rambut atau dagu.

Anda akan diragui bila berbuat begitu di mana bola mata anda ‘menjelajah’ ketika pertama kali bertemu. Lebih lihat terus ke matanya saja sambil mempamerkan wajah yang tampak yakin, yang relaks, steady, be in control.

4.ANALISA

Analisa orang sekeliling tu dulu, cemana mereka, perwatakan mereka, air muka, cara diorang bercakap, pandangan mata, bahasa badan yang mereka tunjukkan. Kemudian, sesuaikan diri anda dengan mereka.

5. BERSEDIA.

Sedia memperkenalkan diri, beritahu sedikit latar belakang, asal anda, pekerjaan dan umur.

6. BUKA CERITA.

Buka cerita tentang cuaca, isu semasa. JANGAN BERLAGAK yang anda tahu banyak perkara, cukup sekadar membuka topik untuk menghangatkan suasana.

7. BUANG SANGKAAN BURUK.

Elak sangkaan buruk dan yang negatif masuk di fikiran ketika berkenalan dengan orang sekeliling yang baru dan persekitaran baru. Anggap mereka ada ciri-ciri positif dan yang baik dalam diri masing-masing.

8. RAJIN

Perlihatkan mereka kerajinan Anda, rajinkan diri membantu apa yang patut, murah berkongsi buah fikiran dan ambil bahagian dalam apa jua yang mereka lakukan. Murah dengan senyuman dan bercakap dengan tone suara yang normal, tak terlalu kuat dan tak terlalu perlahan.

9. BUAT MEREKA KETAWA.

Pergaulan menjadi lebih indah, lebih berseri bila di selitkan lawak jenaka, cerita lucu dan gelak ketawa. Buat mereka ketawa tapi jangan OVER.Bila mereka boleh ketawa bersama anda, maknanya mereka dah menerima kehadiran anda!