Monday, December 7, 2009

KOMUNIKASI BERKESAN - PETUA MEMPERKENALKAN DIRI

Tips ini baik untuk mereka yang malu, kekok dan gugup bila bergaul dengan orang lain. Bagi memperkenalkan diri dengan baik dan supaya orang selesa dengan kita:

1. LIHAT TERUS KE ARAH ANAK MATANYA
Bila pertama kali berjumpa, jangan asyik gerakkan bebola mata ke kanan atau ke kiri mata. Tumpukan pada satu anak mata saja. Kalau kiri, kiri... Kalau kanan, kanan. Sebab, bila mata asyik bergerak-gerak ke kiri, ke kanan, itu ibarat tanda yang kita kurang senang dengan dirinya yang memberi ekspresi kurang baik.... Boleh jadi salah faham.

Untuk mengelak hal ni, pamerkan air muka yang yakin dan bertenaga bila berjumpa dengan orang yang belum dikenali. Angguk sedikit, senyum ala kadar. Jangan sekali-kali senyum paksa mahupun senyum tawar.

2. HULURKAN TANGAN KANAN.
Ini sebagai tanda nak bersalam, tanda kita nak berkenalan dengannya. Jabat penuh tangannya, sambil anak mata kita melihat terus ke titik di antara dua keningnya. Biar bersalam dengan kedua-dua belah tangan. Jaga batas lelaki dengan lelaki manakala wanita dengan wanita. Jaga batas agama... Jika mereka kurang faham elakkan dengan cara yang baik.

Nota: Jangan cari redha manusia dengan murkanya Allah.

3. TANYA KHABAR, BERITAHU DIA NAMA ANDA.
Ini perkara asas yang kurang dititik beratkan ketika pertama kali bertemu. Bertanya khabar akan membuat orang yang pertama kali jumpa akan tertarik dengan anda.

Elak untuk berkata : “Hi, apa cerita?” kerana itu akan mengeruhkan suasana. Ia ayat yang membunuh perbualan. Tanya khabar dirinya, asalnya dan latar belakang dirinya atau keluarganya. Selepas itu, barulah masuk ke cerita bisnes, hal cuaca, ekonomi atau isu-isu semasa.

Ramai orang buat terbalik! Ingat, tanya latar belakang dirinya dulu, kerana itu akan mendekatkan diri anda dengan dia walau pertama kali bertemu.

No comments:

Post a Comment