Wednesday, April 28, 2010

MELALUI AMAL ALLAH SELESAIKAN SEMUA MASALAH

Lepas solat Zohor beberapa hari lepas, aku sempat berbual dgn Hj. Zali bekas polis pencen. Dia cerita tentang satu pengalaman dalam hidupnya yg cukup menarik utk di kongsi. Katanya, dulu dia belajar disekolah Arab dan arwah bapanya amat tegas mendidiknya dgn agama.

Lepas habis Senior Cambridge, dia telah mendapat kerja sebagai inspektor polis. Sejak itu dia mula sibuk dan banyak mengabaikan amalan agama. Satu hari dia telah hilang suara dan berlarutan sehingga 3 tahun. Dia bercakap dgn keluarganya bagai org bisu. Dia cuba merawat sakitnya tapi tidak juga sembuh.

Satu ketika isterinya telah mencadangkan satu pembedahan yg boleh mengembalikan suaranya.Nilai lebih kurang RM3000.  Tetapi dia menolaknya. Katanya: "Ini berlaku kerana saya yg telah lupa pada Allah. Dia telah memberikan saya berbagai nikmat tetapi saya telah lupa padanya". Mulai dari hari itu dia telah mula mengaji Quran setiap hari. Dgn takdir Allah pada satu hari, sewaktu membaca Quran tiba-tiba suaranya telah pulih spt sediakala. Airmatanya bercucuran krn suaranya telah pulih spt sediakala hinggalah sekarang.

PENGAJARAN:
1. Allah tidak perlu sebarang ubat pun utk menyembuhkan penyakit kita.
2. Bila iman kita lemah, fikir dan cara kita menyelesaikan penyakit kita tiada bezanya dari org kafir.
3. Janji Allah, penyelesaian segala masalah ialah melalui amal agama.
4.Kita tidak dilarang utk berubat tetapi ada beberapa perkara yg perlu diberi perhatian.
   a. Jangan yakin dgn asbab (ubat, doktor, teknologi tidak boleh buat apa-apa. Hanya Allah yg    
       berkuasa selesaikan masalah kita)
   b. Jangan disebabkan asbab kita langgar perintah Allah.
   c. Selesaikan masalah dgn cara Nabi s.a.w iaitu dahulukan amal kpd Allah.

Sunday, April 11, 2010

Fatwa Berkaitan ESQ Leadership Training

Fatwa Berkaitan ESQ Leadership Training


Baru hari ini saya berkesempatan menulis artikel berkaitan fatwa ESQ Leadership Training. Itupun setelah rakan saya Ustaz Amiza memberikan artikel yang telah beliau dapat semasa menghadiri seminar berkaitan ESQ di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi awal tahun 2010 lepas. Mungkin ramai yang tidak mengetahui mengenainya. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi ESQ di Malaysia.
Ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership Training anjuran Ary Ginanjar Agustian dan sebarang ajaran yang seumpamanya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam ; kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam. Ciri-ciri penyelewengan tersebut adalah seperti berikut :

  1. Mendukung fahaman Liberalisme : iaitu memahami/mentafsir nas-nas agama (al-Quran dan as-Sunnah) secara bebas, dan faham Pluralisme agama ; iaitu fahaman yang mengajarkan semua agama adalah sama dan benar. Kedua-dua fahaman ini adalah sesat dan boleh membawa kepada kekufuran.
  2. Mendakwa bahawa Nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian. Ini bercanggah dengan akidah Islam tentang Nabi dan Rasul. Menurut akidah Ahli Sunnah Wa Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah semata-mata pilihan Allah S.W.T (al-Isthifaiyayah) dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan (al-Kasbiyyah)
  3. Mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dengan ajaran Islam, ESQ adalah hasil penemuan seorang Yahudi, Danah Zohar manakala God Spot adalah hasil kajian seorang Hindu vs Ramachandran. Kedua-dua penemuan ini disahkan dengan ayat al-Quran (Surah al-Hajj : Ayat 46)
  4. Menekankan konsep “suara hati” atau “conscience” sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan. Konsep suara hati (conscience) adalah ajaran paling suci dalam agama Kristian. The Oxford Dictionary of World Religion menyebut : “In the main forms of Christianity, conscience is the absolutely invioable and sacrosanct centre of the person as human as responsible for her or his decisions”. Konsep suara hati juga merupakan ajaran agama Hindu seperti yang dijelaskan oleh Swami Vivekanda : “The Atman is the Holy Ghost of the Biblical Trinity, and the purpose of all religions is to make men heard ‘the still small voice’ within them”. Menurut Imam Abu al-Abbas pendapat demikian adalah zindek dan kufur.
  5. Menjadikan logik sebagai sumber rujukan utama. Ini bertentangan dengan akidah Islam yang menetapkan bahawa al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan utama.
  6. Mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima oleh akal dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logis. Mengingkari mukjizat adalah kufur dengan ijmak ulama’ ; kerana ia bermakna mengingkari nas-nas al-Quran dan Hadth Mutawatir yang mensabitkan mukjizat bagi Nabi A.S.
  7. Menggunakan Kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk mentafsir al-Quran. Rasyad Khalifah mengaku dirinya sebagai rasul dan membawa agama baru yang dinamakan “submission”. Teori Kod 19 dianggap lebih tinggi daripada al-Quran kerana mengikut teori ini, ayat-ayat al-Quran perlu dibuang atau ditambah bagi menyesuaikannya dengan Kod 19.
  8. Menyamakan bacaan al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang-orang Islam dengan amalan Bushido oleh orang-orang Jepun yang berteraskan ajaran Buddha.
  9. Mendakwa bahawa kekuatan luar biasa seperti mukjizat boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan ZMP ini, ESQ mengiaskan bahawa mukjizat Nabi Musa A.S diselamatkan daripada Fir’aun juga boleh berlaku kepada orang lain seperti yang berlaku kepada juruterbang Kapten Abdul Razak. Kefahaman mukjizat seperti ini adalah merupakan ajaran agama Hindu seperti yang diterangkan oleh Swami Vivekanda : “When Jesus healed, they called it a miracle”. What is miracle? A supernatural even says the dictionary. “Applied Raja Yoga”, says the Yogi. Just because you dont understand it, you call it miracle. We know what its about. Its natural to us.”
  10. Mentafsirkan makna kalimah syahadah dengan “triple one”. Ini adalah tafsiran bid’ah dan sesat. Dalam konteks akidah “triple one” digunakan oleh Kristian untuk menghuraikan Konsep Trinity. Buku “Christianity For Dummies”, ketika menghuraikan konsep ini menyatakan : “The Trinity : How 1+1+1 Equals 1. Christianity say tha God is Trinity – One God Expressed in three beings. The term trinity means : “Three-oneness”
Artikel ini adalah tulisan dari Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh (Mufti Wilayah Persekutuan)

Monday, March 15, 2010

KOPITIAM TAK HALAL ?

kenyataan Tokey Kopitiam ini mengesahkan kejahilan mereka tentang halal dari segi syariat dan membuktikan logo halal swasta memang tidak bertanggungjawab.

Akreditasi halal perlu ikut syariat Islam bukan sebaiknya. Berhati-hatilah supaya makanan haram tak masuk ke perut dan menjadi darah daging.

Takut doa Allah tak terima.

Pengusaha beri alasan syarat Jakim terlalu ketat

KUALA LUMPUR 15 Mac - Beberapa pengusaha kopitiam memberi alasan mereka tidak memohon sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana syarat-syarat yang ditetapkan jabatan itu terlampau ketat dan tidak masuk akal.

Pemilik kopitiam Uncle Lim's Cafe, Datuk Goh Seng Toh berkata, sebab itu syarikatnya memohon sijil halal yang dikeluarkan syarikat swasta kerana perkhidmatan mereka lebih efisien dan cepat.

"Sebelum ini saya pernah memohon sijil halal daripada Jakim tetapi permintaan mereka terlalu tidak munasabah.

"Contohnya Jakim meminta agar setiap produk Uncle Lim's disenaraikan bahan mentahnya satu persatu dan ia adalah perkara yang tidak munasabah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, sebahagian besar kopitiam di negara ini masih gagal mendapatkan sijil halal Jakim.

Menurut Mashitah, hanya dua kopitiam di negara ini yang mempunyai sijil halal sah iaitu Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. dan Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd.

Sementara itu Seng Toh berkata, untuk menjimatkan masa, beliau kemudiannya membuat permohonan mendapatkan sijil halal daripada syarikat swasta yang turut menyediakan perkhidmatan sama seperti Jakim.

"Saya menganggap, Jakim tidak mahu menolong peniaga bahkan menyusahkan peniaga dengan prosedur yang tidak praktikal," tambah beliau.

Sementara itu, Pengurus Operasi Kluang Station, Phun Jun Jin menjelaskan, syarikatnya masih lagi belum memohon sijil halal daripada mana-mana pihak.

"Setakat ini kopitiam Kluang Station menjalankan operasi tanpa menggunakan sijil halal kerana sebelum ini kami banyak mendapat tawaran daripada agensi swasta yang menawarkan sijil halal.

"Namun pihak kami enggan untuk membeli sijil tersebut kerana tidak mahu menipu pelanggan kami dengan sijil halal yang tidak diiktiraf.

"Kami juga sukar untuk mendapatkan sijil halal yang diiktiraf kerana proses permohonan yang kurang jelas kepada pengusaha bukan Islam khususnya,'' jelas beliau.

Dalam pada itu, Jun Jin mencadangkan supaya satu badan di bawah Jakim ditubuhkan bagi memudahkan proses permohonan sijil tersebut melalui penyampaian maklumat yang berkesan dan jelas.

Sementara itu, jurucakap kepada Old Town White Coffee yang enggan namanya disiarkan menjelaskan, syarikat itu pada masa ini menggunakan sijil halal yang dikeluarkan oleh syarikat swasta.

"Namun, pada masa yang sama, kami telah pun memohon untuk mendapatkan sijil halal yang dikeluarkan oleh Jakim.

''Kita jangka permohonan itu diluluskan dalam masa terdekat," katanya.


Thursday, March 11, 2010

KISAH DARI KITAB TANBIHUL GHA FILIN

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan dengan perintah yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,

"Yang pertama : engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua : semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Ketiga : jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Keempat : jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

Kelima : bau yang busuk itu ialah ghibah (MENGUMPAT).
Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."


Saturday, March 6, 2010

BAHASA KU...


Setiap bangsa didunia ni bangga dgn bahasa masing-masing tapi kat M'sia ni berbeza. Org kita lebih berbangga berbahasa Inggeris walaupun sesama sendiri. Kalau guna bahasa Melayu tak ada kelas....guna bahasa Inggeris baru rasa berpelajaran tinggi (educated).

Ntah lah. Sampai kat rumah pun cakap Inggeris dgn anak. Takut kalau anak tak tahu cakap Inggeris nanti susah dpt peluang kerja.Betul ke? Org kita memang mementingkan kemahiran bercakap....kemahiran buat kerja tak ada pun tak apa!

Berdasarkan pengalaman ku bekerja dgn syarikat US, Jepun, Korea, Taiwan, China maupun Melayu yg penting pandai buat kerja. Cakap banyak, org tak suka. Kata mrk N.A.T.O (No Action Talk Only).

Ini krn cinta dunia yg mendalam hati. Kalau tak tau Inggeris rasa hidup tak ada makna tapi tak tau Arab tak apa. Sedang kalau ikut kepentingan bahasa Arab lah yg lebih utama krn:
1) Bahasa Nabi Muhammad s.aw.
2) Bahasa Al Quran
3) Bahasa syurga.

Jadi belajarlah bahasa Arab utk faham Al Quran, hadis nabi dan meningkat nilai solat dan amalan agama kita.

Wednesday, February 24, 2010

KEMIMPINAN MELALUI TELADAN

Kelakuan Golongan Atasan Dicontohi Oleh Golongan Bawahan

Asal Usul:

Pada zaman Chunqiu, iaitu antara tahun 770 hingga tahun 476 Sebelum Masihi, terdapat seorang raja di negeri Qi yang bernama Qijinggong. Baginda selalu dukacita, kerana selepas Perdana Menterinya, Yan Ying meninggal dunia, tidak ada seorang pun yang berani menunjukkan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh baginda. Pada suatu hari, raja Qijinggong telah mengadakan jamuan besar-besaran di istana untuk meraikan pegawai-pegawainya. Selepas jamuan itu, pegawai-pegawai tersebut pun mengiringi baginda ke lapangan untuk memanah. Setiap kali baginda memanah, para pegawainya akan memberikan pujian, tidak kira panahan baginda kena pada sasarannya atau tidak. Mreka berkata:

"Kemahiran memanah tuanku hebat sekali. Memanglah tiada tolok bandingnya."

Raja Qijinggong berasa sangat benci dengan pujian yang penuh dengan kepura-puraan itu. Suatu hari kemudiannya, baginda memberitahukan perasaannya itu kepada Xuan Zhang, seorang pegawai kanan yang amat dihormati oleh baginda. Xuan Zhang mengatakan:

"Ini bukanlah kesalahan pegawai-pegawai itu semata-mata, tuanku. Hamba pernah mendengar orang dahulu berkata, perbuatan yang dilakukan oleh golongan atasan akan dicontohi oleh golongan bawahan. Maka, apa jua makanan yang disukai raja, makanan itu akan disukai oleh rakyatnya. Apa jua pakaian yang digemari raja, pakaian yang serupa juga akan digemari oleh rakyatnya. Demikianlah juga, jika raja itu gemar dipuji, pastilah rakyatnya akan selalu mengeluarkan kata-kata manis untuk menyukakan hatinya."

Raja Qijinggong berasa bahawa kata-kata Xuan Zhang itu sangat masuk akal. Maka, baginda ingin memberikan kurniaan yang besar kepada Xuan Zhang. Bagaimanapun, Xuan Zhang menolak kurniaan daripada raja itu, sambil berkata dengan serius:

"Sebenarnya, pegawai yang suka memuji-muji tuanku itu, hanyalah untuk mengharapkan kurniaan daripada tuanku. Jika hamba menerima kurniaan ini, bukankah hamba juga menjadi orang yang bersifat keji dan bermuka-muka seperti mereka itu?"

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Shang Xing Xia Xiao" ini membawa erti, perbuatan (biasanya yang buruk) yang dilakukan oleh golongan atasan atau generasi terdahulu akan dicontohi oleh golongan bawahan atau generasi kemudian. Peribahasa ini ada sedikit persamaan maknanya dengan peribahasa "Bapa borek anak rintik" atau dengan ungkapan umum "kemimpinan melalui teladan".

Dipetik dr
DRS. KHALIL IDHAM LIM

Tuesday, February 16, 2010

BELAJAR UNTUK AMAL



Mafhum hadis: "Tuntutlah ilmu dr buaian hingga liang lahad."

Hmmm...berapa ramai di antara yg rajin belajar apatah lagi mengamalkannya terutamanya kpd mrk yg bergelar pensyarah atau penceramah terkenal. Pesan org tua, kita perlu niat utk belajar sepanjang hayat kita. Hakikatnya ilmu yg Allah beri kpd kita amat sedikit dan berapa banyak pula yg kita amalkan?...jadi tak ada apa yg boleh kita eksyen.

Pada suatu ketika, seorang ulamak besar terlewat tiba di masjid. Dia terlihat seorang kanak-kanak yg berlari ke sana ke sini dm keadaan yg gelisah.

Ulamak tsb telah bertanya kpdnya kenapa dia jadi begitu sedangkan iqamah telah dilaungkan. Kenapa dia masih belum masuk ke saf utk solat? Jawab kanak-kanak itu:" Saya kehilangan kayu miswak. Macamana saya nak solat tanpa bermiswak terlebih dulu...Kalau begini saya telah meninggalkan satu sunnah Nabi s.a.w !"


Jawapan kanak-kanak itu benar-benar menyentuh hatinya. "Seorang kanak-kanak pun jadi begitu sedih kerana tertinggal miswak. Sedangkan aku ni dah bertahun-tahun mengajar hadis..tapi sampai sekarang pun masih belum dapat amal sunnah berkenaan miswak tapi tak rasa apa-apa!


Fadhilat miswak begitu besar. Di antaranya:
- Nilai solat lebih 70 x ganda.
- Mati dgn kalimah La ilaha illallah.

KESIMPULANNYA:
Maksud belajar ilmu ialah tahu apa keinginan Allah kpd kita. Hak ilmu ialah:
1) Belajar
2) Amal
3) Sebarkan

Thursday, February 11, 2010

ALASAN

Salam,

Seminggu dua ni memang sibuk, x sempat nak update. Nak wat camna program sampai tgh malam. Oooopppss....inilah alasan! Kita selalu beri alasan utk bela diri. Sebenarnya setiap org ada masa yg sama, cuma 24 jam. Dgn masa yg sesingkat itu ramai org yg berjaya dan x kurang juga yg gagal. Yg berbeza cuma bagaimana kita programkan diri kita. Kerana itu kita perlu ada prinsip hidup. Kata org motivasi:

"Org yg negatif bersikap mencari alasan dan org yg positif bersikap mencari jalan penyelesaian."


Kata org psikologi, org yg bermasalah sebenarnya mempunyai rasa rendah diri. Utk menutup rasa rendah diri inilah..... mrk menjadi garang,marah kpd org yg menegurnya, suka menunujuk-nunjuk dan memberi alasan bila berlaku sebarang kesilapan. Tiada apa yg nak dimalukan apabila kita menerima kelemahan diri. Kita manusia mana ada sempurna!

Kita sebenarnya perlu rendah hati bukannya rendah diri. Kata Masaaki Imai:
"Kita dengan rendah hatinya mengakui kelemahan diri utk membolehkan kita membuat penambahbaikan."Kereta konsep Proton. Ini contoh bagaimana sebuah syarikat kereta tempatan yg cuba memperbaiki diri dgn mengeluarkan apa yg org mahu daripada berterusan memberikan alasan. Org akan faham dgn sendirinya mengenai kemampuan kita apabila apa yg kita buat telah terbukti.

Kalau kita x mahu akui kelemahan dan ego jer sepanjang masa...maka jadiah kita spt Encik Burn. Cubalah fikir-fikirkan kan apakah maksudnya.

Lahir tahun : 1967
Meninggal : 2010
Dikebumikan tahun : Mungkin 2030

Thursday, February 4, 2010

PRUBAHAN DIRI YANG BERKEKALAN

Kenapa ramai di antara kita yang kecewa apabila cuba mengubah realiti diri kita? Samada ianya kegagalan dalam hubungan atau gagal mencapai impian atau apa saja. Yang jelasnya ialah tiada siapa “impikan” kegagalan dalam hidup.

Jadi, marilah menghadapinya!

PERATURAN ASAS TRANSFORMASI DIRI YANG BERKEKALAN

Cuba menukar keadaan luaran adalah satu perkara yang sangat mencabar.

CARANYA: Setiap usaha anda akan “SELALU” gagal jika tidak diiringi dengan perubahan cara berfikir dan kepercayaan. Semuanya bermula dengan MINDA.

CONTOHNYA: Menguruskan badan tanpa memahami kenapa anda “TERLEBIH MUATAN”. Dalam pertarungan ini, akhirnya kita dapati hasilnya GAGAL. Berbalik kepada perkara asas tadi iaitu; untuk menukar perkara luar diri… kita perlu mengubah apa yang ada dalam diri.

TANYA DIRI: Apa sebenarnya yang berlaku pada MINDA anda?


BAGAIMANA KITA MENCIPTA REALITI DIRI?

Kata orang-orang tua; anda menjadi seperti apa yang anda fikir! Kini ia dengan secara KUKUHnya telah dibuktikan oleh kajian yang canggih.


Gambarkan tentang laluan jalan kaki dalam hutan. Kekerapan penggunaan mewujudkan jalan yang jelas. Bagaiamanpun jika tak digunakan, ianya lama kelamaan akan hilang.


Secara tabie, minda kita adalah makhluk tabiat. Sepertimana laluan denai dalam hutan—laluan saraf didalam otak kita diperkuatkan oleh kekerapan penggunaannya. Tetapi kalau tidak digunakan ianya perlahan-lahan akan tertutup.

Jadi…kalau anda selalu member perhatian kepada pemikiran dan keadaan yang negatif, apa agaknya yang akan berlaku? Mereka akan bertambah kuat dan men

guasainya.

Kalau anda fokus kepada bahagian yang terang, laluan saraf positif akan memerolehi kekuatan dan menguasainya. MUDAHNYA!


((( Apa yang anda fokus akan berkembang!)))

Pemikiran anda sebenarnya MENCIPTA realiti luaran, kerana mereka menentukan bagaimana anda respon terhadap apa yang berlaku kepada diri anda. Dan RESPON inilah yang menjelaskan realiti diri anda.


BAGAIMANA MINDA BERFUNGSI

MINDA SEDAR dan SEPARA SEDAR adalah satu pasukan. Mereka secara bersama membentuk realiti minda anda.


Sebenarnya tiada sesiapa pun yang memilih untuk berfikir secara negatif! Kebanyakan semut @ ANTs ( Automatic Negative Thoughts) muncul secara automatik dari minda separa sedar kita.
Gambarkan diri anda berda disebuah kebun. Tabiat berfikir dan kepercayaan anda adalah benihnya. Minda separa sedar TAK PERNAH tanya apa benih yang ditanam didalamnya. Ia hanya membekalkan tanah yang menyuburkannya.


Sebaliknya minda sedar anda pula, adalah pekebun yang bijak. Ianya memilih dan menanam hanya benih yang sihat dan membuang rumpai yang tumbuh dalam kebun minda anda.

Adalah penting untuk kita ingat yang minda separa sedar tidak akan mengkaji secara rasional benih yang ditanam ditanahnya. Ia bekerja 24 jam sehari untuk menumbuh-suburkan apa yang ditanam didaamnya.


Minda separa sedar anda akan menghasilkan kegagalan, tekanan, dan nasib buruk dengan mudah sebagimana ia menghasilkan kejayaan, kemewahan dan kegembiraan.


5 LANGKAH ME-NYAHKAN SEMUT@ ANT

Kalau kita tidak mencapai kebahagiaan dan kejayaan yang kita patut dapatkan dalam hidup, kemungkinan SEMUT@ANT sedang merayap dalam minda separa sedar kita.


SEMUT@ANTs (Automatic Negative Thoughts) boleh mengagalkan perkara yang anda sedang usahakan untuk mencapai kegembiraan, kejayaan dan kekayaan yang anda ingin dalam hidup. Mereka adalah musuh kepada perubahan diri yang berkekalan.


Inilah langkah menyahkan SEMUT@ANT anda:

1. Bina kesedaran apakah SEMUT@ANT itu? Apakah mesej yang sedang bergerak-gerak dalam minda spara sedar anda?


2. Jika anda sudah sedar tentang SEMUT@ANT tsb, tarik ia keluar ke minda sedar anda yang terang. Tanya diri: Adakah ia memberikan mesej tentang sesuatu yang anda patut ditukar? Atau ianya sekadar ‘BARANG LAPUK’ dari umur 5 tahun yang bukan lagi benar?

3. Cipta sauh yang samada ianya menunjukkan perubahan ataupun untuk menyahkan SEMUT@ANT. Apabila diwujudkan, sauh akan secara automatik menjadi sebagai “SIGNAL” kepada diri anda. Contoh: Anda berjanji pada diri untuk memetik jari setiapkali SEMUT@ANT itu cuba melemahkan usaha anda membaiki diri. Buatlah sauh sendiri.

4. Ingat! Minda anda hanya boleh ada satu fikiran saja pada satu masa. Fokuskan minda sedar anda kepada apa yang anda mahu. Jangan fokus kepada kebimbangan. Ingat! Apa yang anda fokus akan ‘tumbuh-subur’! Oleh kerana itu, bimbang sebenarnya adalah PENETAPAN MATLAMAT YANG NEGATIF.

5. Yang pentingnya, kekal begitu! Perubahan diri dan perkembangan berlaku sekali sehari.

Terus tarbiyyah diri untuk menjadikan diri seperti yang anda kehendaki…dan berhak

mendapatnya!


Sekarang adakah anda sedar yang BIMBANG sebenarnya penetapan MATLAMAT NEGATIF

yang sangat berkuasa? Adakah anda sedar kenapa anda selalu bimbang?

Wednesday, February 3, 2010

KISAH PERUBAHAN


Semoga kisah ini memberi anda impak untuk merubah diri anda. Kisahnya begini..



Kisah Perubahan

Ketika saya masih muda
Saya mengembara untuk mengubah DUNIA

Semakin saya meningkat dewasa
Saya rasa hasrat ini terlalu tinggi
Jadi saya bercadang mengubah NEGARA pula

Semakin dewasa, ini juga saya dapati terlalu tinggi
Jadi saya bercadang untuk mengubah BANDAR saya

Apabila saya sedar, ini juga tidak dapat saya lakukan
Saya cuba mengubah KELUARGA saya

Kini saya sudah tua, saya sedar saya seharusnya
Bermula dengan mengubah DIRI saya sendiri

Jika saya telah bermula dengan diri saya sendiri
Mungkin saya akan berjaya mengubah
Keluarga saya, Bandar saya
Atau mungkin juga Negeri saya
dan siapa tahu, Mungkin Dunia ini juga

“Life is a Constant Change"

Karya nukilan : Tidak diketahui

Hmm..Apakah maksud puisi di atas? Perkara pertama yg perlu kita buat ialah mengubah diri sendiri BUKAN ubah orang.

Kenapa? Kerana Allah beritahu kita semua sedang RUGI kecuali...orang yang ada 4/4 sifat ini. Maksudnya kalau ada 1 atau 2 atau 3 sifat...tetap juga rugi. Apa dia?

1) Iman

2) Amal saleh

3) Berpesan dengan haq (kebenaran)

4) Berpesan dengan sabar.



Monday, February 1, 2010

HIDAYAT ALLAH TAK KIRA SIAPA


Hidayat milik Allah. Dia memberinya kepada sesiapa yg dikehendaki dan menyesatkan sesiapa yg dikehendakinya. Jadi janganlah kita menghukum sesiapapun kerana Allah boleh ubah keadaan dalam sekelip mata saja. Yg penting kita usaha dan doa supaya Allah beri hidayatnya.

Ya Allah.. berilah hidayatmu pada kami.

Daniel Streich, ahli politik Swiss, yang terkenal kerana kempen menentang pembinaan masjid di negaranya, tanpa disangka-sangka memeluk agama Islam.

Streich adalah orang pertama yang mencetuskan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di Swiss. Dia berasal dari Parti Rakyat Swiss (SVP). Pengumuman kemasukan Streich ke agama Islam menjadi heboh seluruh Switzerland.

Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas. Dia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di negara itu, dan membuka jalan bagi perdebatan umum terhadap mimbar dan kubah masjid.

Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang pemeluk Islam. Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membangun masjid yang paling indah di Eropah di Switzerland.

Yang paling menarik dalam hal ini adalah bahawa pada saat ini ada empat masjid di Swiss dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Dia mengakui ingin mencari “pengampunan dosanya” yang telah meracuni Islam. Sekarang adalah fakta bahawa larangan kubah masjid telah memperoleh status undang-undang.

Abdul Majid Aldai, presiden OPI, sebuah LSM, bekerja untuk kesejahteraan Muslim, mengatakan bahwa orang Eropah sebenarnya memiliki keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan terorisme; sama halnya dengan Streich. Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Alquran dan mulai memahami Islam.

Lahir di sebuah keluarga Kristian, Streich melakukan studi komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam, tapi ajaran Islam memiliki dampak yang mendalam pada dirinya. Akhirnya dia malah antipati terhadap pemikirannya sendiri dan dari kegiatan politiknya, dan dia memeluk Islam. Streich sendiri kemudian disebut oleh SVP sebagai syaitan.

Dulu, dia mengatakan bahwa dia sering meluangkan waktu membaca Bible dan sering pergi ke gereja, tapi sekarang dia membaca Alquran dan melakukan solat lima waktu setiap hari. Dia membatalkan keanggotaannya di parti dan membuat pernyataan umum tentang keIslamannya. Streich mengatakan dia telah menemukan kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat dia temukan dalam agama sebelumnya.

RUJUKAN
http://www.nation.com.pk/pakistan-news-newspaper-daily-english-online/International/30-Jan-2010/Swiss-antagonist-of-minarets-embraces-Islam

Monday, January 25, 2010

IJTIMAK BANGKOK 2010 - BAYAN MAULANA IBRAHIM - BAH 2

...Sambungan.

Sesiapa yang belum kahwin, kahwinkan mereka. Dgn pernikahan Allah akan beri mereka rezeki. Firman Allah:
"Nikahkanlah mereka, kalau miskin, Allah akan beri kaya..."

Kata Maulana bukan kahwin dua, tetapi kahwinkan orang yang masih bujang. Untuk hilangkan kefakiran pada pemuda atau gadis, maka hendaklah kahwin mereka. Ada sesetengah orang, bila hendak kahwin cari orang kaya. Itu cara orang yang tidak ada agama. Kita kahwinkan mereka dengan orang yang beragama. Tiada jaminan kahwin dengan orang kaya akan jadi kaya.

Nabi s.a.w beritahu lebih banyak kita amal agama, lebih banyak berkat dan rezeki datang kepada kita. Dunia akan dapat melalui perantaraan agama begitu juga akhirat. Sahabat2 telah nampak dengan mata kepala mereka dunia dan akhirat dapat dengan agama.

Cara agama mesti dengan cara yang sebenar iaitu melalui iman yakin. Semua amalan kita mesti ikut cara Nabi s.a.w;
i) Ibadat
ii) Muamalat
iii) Muasyarat
iv) Akhlak
v) Munakahat

Bila sunnah dihiasi dalam kehidupan, berapa banyak berkat akan datang! Bila agama sempurna, dunia pun jadi agama.
1. Pekerjaan
2. Tidur
3. Ekonomi
4. Perniagaan dll
Dalam usaha dakwah, kita tak larang orang berniaga. Apa yang dikehendaki ialah bina iman dan amal yang betul dalam perniagaan. Nabi beritahu peniaga yang jujur akan dibangkitkan dikalangan Nabi dan sahabat. Mereka akan dilindungi arash.

Seorang yang buat perniagaan melalui cara agama dan hasilnya dibelanjakan dalam kerja dakwah, di akhirat dia di panggil duduk bersama para anbiya.

Perniagaan ialah satu wadah (bekas), bergantung kepada apa yang di isi. Perniagaan yang dijalankan dengan iman menjadi agama. Manakala perniagaan tanpa iman dipenuhi syirik. Ramai sahabat radiallahu anhum adalah peniaga.
1. Abu Bakar
2. Umar Al Khattab
3. Usman Affan
4. Talhah bin Ubaidillah
5. Ab. Rahman bin Auf

Mereka peniaga besar. Walaupun begitu, semenjak mereka didunia mereka dapat berita gembira masuk syurga. Banyak harta yang diperolehi dibelanjakan untuk agama.

Ab. Rahman bin Auf seorang yang sangat kaya. Unta dan muatannya penuh diMadinah. Bila wafatnya, hartanya dibahagikan dengan wasiat termasuklah bongkah emas yang besar. Untuk membahagikannnya ia perlu dipecahkan dan memerlukan tenaga orang muda. Tangan pemuda itu berdarah semasa memecahkannya kerana rumitnya memecahkan emas yang besar.Beliau dapat berita gembira masuk syurga kerana guna harta untuk usaha atas iman dan membelanjakannya untuk agama.

Usman r.a. sewaktu perang Tabuk telah infakkan hartanya untuk menanggung 10,000 (sepuluh ribu) orang keluar ke jalan Allah. Jumlah jemaah ialah 30,000 (tiga puluh ribu) orang. Dia menanggung 1/3 daripada keperluan jemaah tersebut bahkan telah memberi 1000 (seribu) keping wang emas kepada Nabi s.a.w.

Baginda s.a.w begitu suka dan telah memeluk beliau dan beritahu selepas ini apapun yang dia, Allah akan ampunkan dosanya. Bagiamanapun dia terus menginfakkan hartanya pada jalan Allah.

Bila jadi khalifah dia baiki Masjid Nabawi dengan hartanya sendiri. Lama masa ialah 10 bulan. Dia sendir mengawasi kerjanya dan tetap berpuasa. Katanya kepada pekerjanya: "Siapa yang bangunkan masjid didunia, Allah akan bangunkan istana untuknya disyurga."

Kalau agama datang, perniagaan pun jadi agama. Bila yakin rosak, perniagaan rosak dan kesannya buruk. Bila berniaga dengan modal yang haram, ia menjadi haram dunia dan akhirat. Di akhirat ia dipanggil: " Ya ayyuhal fujjar [ Wahai orang yang rosak]"

Seperti mana penzina wanita yang rosak, begitulah peniaga yang rosak akan dibangkitkan diakhirat.

bersambung....

Sunday, January 24, 2010

IJTIMAK BANGKOK 2010 - BAYAN MAULANA IBRAHIM - BAH 1


Apapun yg kita nikmati & perolehi dari dunia ini, nampaknya seperti asbab tetapi hakikatnya dari Allah. Zat Allah tidak bergantung kepada asbab. Apa saja nikmat yang kita perolehi, semuanya dari Allah. Asbab yang Allah beri kepada kita terbahagi kepada 2:

1) Sebagai nikmat

2) Sebagai amanah


Oleh itu kita kena jaga supaya jangan nikmat ini menghalang kita dari kebahagiaan akhirat. Jangan jadikan ia penghalang kepada kebahagiaan yang kekal. Kita perlu usaha bagaimana asbab ini membantu kita taat kepada Allah. Jika tidak ia berubah menjadi asbab yang dilaknat.


BAGAIMANA?

Allah tidak suruh kita cari atau tinggalkan dunia tetapi cari agama.


Satu ketika Nabi panggil sahabat. Kamu datang dan saya akan kirim kamu keluar kejalan Allah. Kamu akan selamat dan pulang bawa ghanimah. Tetapi jawab sahabat itu: “Saya keluar hanya untuk cari redha Allah”. Sabda nabi: “Harta yang baik berada ditangan orang yang baik.”


Jibrail ajar doa:

“Allahummarzuqni tayyiban was ta’milni tayyiban” - Berilah daku rezeki yang baik dan gunakanku dalam amal yang baik.”


Semua ini di sampai dan di ajarkan kepada kita. Bagaimanakah tanggungjawab itu dapat ditunaikan? Kerana itulah Allah beri asbab untuk kita taat pada Allah.


Kata Maulana, orang Arab sering jumpa dengan kami dan tanya bagaimana buat kerja dunia dan agama? Hendaklah kita faham, apa kerja kita didunia? Usaha ini tidak suruh kita tinggalkan dunia tetapi ialah “tamassuk biddin [berpegang teguh pada agama]”


Gunakan asbab untuk jalan agama, cara Nabi s.a.w. Bila ia diwarnai dengan agama Allah akan beri 2 faedah:

1) Allah ganti di akhirat

2) Allah beri keberkatan didunia.


Perkara asas (buniyat) wujud untuk apa? Bila perkara ini kita tidak faham, kehidupan akan jadi rosak.


Hadirnya kita didunia ialah untuk kenal Allah. Tunduk kepadaNya dengan amal yang diredhai iaitu dengan cara nabi s.a.w. Apabila kefahaman rosak, hidup jadi rosak.


Maksud sebenar ialah kehidupan kita tegak diatas iman dan amal. Bila sibuk dengan asbab dan benda kita akan rosak. Kita kena usaha atas iman hingga iman kita jadi kuat dan hukum Allah tegak dalam diri kita. Perkara ini WAJIB.


Ada iman mauruts (warisan). Sesiapa pun yang dapat harta warisan dia akan berusaha supaya bertambah banyak. Contohnya:

· Tanah

· Kedai

Untuk bina iman warisan kepada iman matlub (yang dikehendaki), perlu usaha kepada usaha yang dibuat oleh anbiya. Usaha dakwah ialah usaha atas iman. Sebagaimana orang dunia tinggal anak isteri untuk dunia, maka bila dia bergerak untuk menjaja barangnya, maka ia akan bertambah.


Begitu juga apabila iman diusaha dengan menggunakan tenaga dan harta hingga wujud kesempurnaan (taqwa), ia akan menarik pintu keberkatan langit dan bumi terbuka.


Firman Allah swt:

“ Sekiranya penduduk disatu tempat beriman dan bertqwa kepada Allah, nescaya Allah akan membuka pintu keberkatan dari langit dan bumi….”


Iman ada 2 tahap:

· Apabila sampai tahap taqwa, ia menarik keberkatan dari langit.

· Sebaliknya jika iman warisan tidak diusaha, iman akan lemah hingga tidak dapat tunai takaza iman sehingga langgar perintah Allah.


Kehidupan manusia yang tenggelam dalam maksiat menarik musibah dari Allah Walaupun begitu, musibah yang datang hanya sedikit saja tapi banyak dosa yang dimaafkan oleh Allah.


Manusia terbahagi kepada 2:

1) Iman yang tidak sempurna melahirkan musyrik yang sempurna seperti Abu Jahal, Abu Lahab dll)

2) Bila ikut cara Nabi, maka akan lahir mukmin yang sempurna seperti Abu Bakar r.a.


Apabila tamat perang Badar, Nabi berada ditempat Abu Jahal mati. Baginda berdiri ditepi lubang ditempat dimana mayat mereka dibuang dan berkata:


Apa yang dijanjikan oleh tuhan kami, telah kami perolehi, Bagaimana dengan janji tuhan kamu..?”


Ini satu contoh bagaimana manusia yang usaha atas im.an hingga jadi bertaqwa seperti Abu Bakar. Manakala mereka yang tidak usaha atas iman akan jadi seperti Abu Jahal hingga dapat musibah.


Ada golongan yang ketiga iaitu kita. Saya dan tuan-tuan…Ada iman dan amal yang rosak yang juga bakal menarik azab Allah ke atas kita.


Musibah atas dunia ada 2 contoh.

1) Kerana menyempurnakan hukum Allah

2) Untuk membinasakan


Orang beriman juga ditimpa musibah tetapi keadaannya berbeza dari orang yang buat maksiat. Zahirnya Nampak susah tetapi hati tenang. Contohnya puasa. Dia yakin lapar dan haus kerana sempurnakan hukum Allah pasti diberi ganjaran oleh Allah.

Manakala orang yang lapar dan susah kerana dunia hidupnya susah, tidak tenang hingga dunianya terasa sempit. Tidak tahu apa yang menimpanya.