Friday, December 4, 2009

INTEGRITI

Macam-macam program telah dibuat untuk meningkatkan integriti dikalangan pekerja terutamanya penjawat awam...Ada ramai yang bagus tetapi majoritinya...susah nak jawab.

Adakah kita masih mempunyai seseorang seperti Khalifah Umar bin Ab. Aziz? Suatu malam beliau bekerja. Kemudian datang anaknya ingin berjumpa. Khalifah Umar bertanya adakah kedatangannya kerana urusan negara atau keluarga. "Urusan keluarga," jawab anaknya. Khalifah padamkan lampu tersebut dan menyalakan lampu lain.

Bila ditanya mengapa dia berbuat demikian, jawab beliau lampu itu adalah kepunyaan negara dan beliau tidak mahu menggunakan harta negara untuk kepentingan keluarganya.

Kenapa beliau begitu berhati-hati? Ini tak lain adalah kerana keyakinan bahawa Allah swt sentiasa memerhati setiap tindakan kita pada setiap masa.

Integriti sebenar yang hanya akan wujud apabila semua kita mampu mewujudkan keyakinan yang sama dalam kehidupan seharian kita.

No comments:

Post a Comment