Saturday, December 5, 2009

TEAM BUILDING - (A) = Adab

Banyak masalah berlaku, kadang-kadang berpunca dari masalah yang cukup remeh. Tapi bila dah jadi besar memang susah nak baik. Sekali dua boleh buat tak tahu tapi kalau selalu sangat, lama-lama mana boleh tahan. Apa puncanya?

Adab...ya adab. Kalau tak ada adab orang panggil orang panggil apa...biadab! Sedarkah kita yang adab adalah permulaan pada akhlak yang baik. Kalau orang tak berapa suka dengan kita... kita tak boleh nak salahkan orang. Cuba muhasabah diri dulu. Tapi selalunya kita beralasan... eleeh... macam tu pun nak marah!

Adab sebenarnya perkara kecik yang beri impak yang sangat besar. Sebab tu Nabi s.a.w ajar kita tentang muasyarat (adab pergaulan cara Islam) yang kita rasa biasa je. Tapi yakinlah bila, kita belajar beradab... tengok macamana respon orang pada kita. Bila semua orang ambil berat tentang adab... pastinya hidup lebih harmoni.

Untuk renungan...

Dari Ata' bin Yasar r.a meriwayatkan bahawa seorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
" Wahai Rasulullah. Adakah aku perlu minta izin untuk masuk ke kediaman ibuku tinggal"? Baginda menjawab: "Ya." Lelaki itu berkata lagi; "sedangkan aku tinggal bersamanya dalam rumah itu?"

Rasulullah s.a.w bersabda; "Ya. Mintalah izinnya. " Lelaki itu berkata: "Walaupun aku sebagai khadamnya." [Menyediakan keperluannya hingga harus pergi berkali-kali]

Rasulullah s.a.w bersabda: "Mintalah izinnya, mahukah engkau melihatnya dalam keadaan telanjang? Lelaki itu berkata: "Tidak." Rasulullah s.a.w bersabda: "Kalau begitu, mintalah izinnya." - HR Muawatta' Imam Malik

Kalau kita fikir balik...agak-agaknya dah berapa kali kita menyakiti orang lain bila tidak tahu menghormati privasinya ?

No comments:

Post a Comment