Monday, March 15, 2010

KOPITIAM TAK HALAL ?

kenyataan Tokey Kopitiam ini mengesahkan kejahilan mereka tentang halal dari segi syariat dan membuktikan logo halal swasta memang tidak bertanggungjawab.

Akreditasi halal perlu ikut syariat Islam bukan sebaiknya. Berhati-hatilah supaya makanan haram tak masuk ke perut dan menjadi darah daging.

Takut doa Allah tak terima.

Pengusaha beri alasan syarat Jakim terlalu ketat

KUALA LUMPUR 15 Mac - Beberapa pengusaha kopitiam memberi alasan mereka tidak memohon sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana syarat-syarat yang ditetapkan jabatan itu terlampau ketat dan tidak masuk akal.

Pemilik kopitiam Uncle Lim's Cafe, Datuk Goh Seng Toh berkata, sebab itu syarikatnya memohon sijil halal yang dikeluarkan syarikat swasta kerana perkhidmatan mereka lebih efisien dan cepat.

"Sebelum ini saya pernah memohon sijil halal daripada Jakim tetapi permintaan mereka terlalu tidak munasabah.

"Contohnya Jakim meminta agar setiap produk Uncle Lim's disenaraikan bahan mentahnya satu persatu dan ia adalah perkara yang tidak munasabah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, sebahagian besar kopitiam di negara ini masih gagal mendapatkan sijil halal Jakim.

Menurut Mashitah, hanya dua kopitiam di negara ini yang mempunyai sijil halal sah iaitu Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. dan Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd.

Sementara itu Seng Toh berkata, untuk menjimatkan masa, beliau kemudiannya membuat permohonan mendapatkan sijil halal daripada syarikat swasta yang turut menyediakan perkhidmatan sama seperti Jakim.

"Saya menganggap, Jakim tidak mahu menolong peniaga bahkan menyusahkan peniaga dengan prosedur yang tidak praktikal," tambah beliau.

Sementara itu, Pengurus Operasi Kluang Station, Phun Jun Jin menjelaskan, syarikatnya masih lagi belum memohon sijil halal daripada mana-mana pihak.

"Setakat ini kopitiam Kluang Station menjalankan operasi tanpa menggunakan sijil halal kerana sebelum ini kami banyak mendapat tawaran daripada agensi swasta yang menawarkan sijil halal.

"Namun pihak kami enggan untuk membeli sijil tersebut kerana tidak mahu menipu pelanggan kami dengan sijil halal yang tidak diiktiraf.

"Kami juga sukar untuk mendapatkan sijil halal yang diiktiraf kerana proses permohonan yang kurang jelas kepada pengusaha bukan Islam khususnya,'' jelas beliau.

Dalam pada itu, Jun Jin mencadangkan supaya satu badan di bawah Jakim ditubuhkan bagi memudahkan proses permohonan sijil tersebut melalui penyampaian maklumat yang berkesan dan jelas.

Sementara itu, jurucakap kepada Old Town White Coffee yang enggan namanya disiarkan menjelaskan, syarikat itu pada masa ini menggunakan sijil halal yang dikeluarkan oleh syarikat swasta.

"Namun, pada masa yang sama, kami telah pun memohon untuk mendapatkan sijil halal yang dikeluarkan oleh Jakim.

''Kita jangka permohonan itu diluluskan dalam masa terdekat," katanya.


Thursday, March 11, 2010

KISAH DARI KITAB TANBIHUL GHA FILIN

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan dengan perintah yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,

"Yang pertama : engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua : semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Ketiga : jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Keempat : jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

Kelima : bau yang busuk itu ialah ghibah (MENGUMPAT).
Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."


Saturday, March 6, 2010

BAHASA KU...


Setiap bangsa didunia ni bangga dgn bahasa masing-masing tapi kat M'sia ni berbeza. Org kita lebih berbangga berbahasa Inggeris walaupun sesama sendiri. Kalau guna bahasa Melayu tak ada kelas....guna bahasa Inggeris baru rasa berpelajaran tinggi (educated).

Ntah lah. Sampai kat rumah pun cakap Inggeris dgn anak. Takut kalau anak tak tahu cakap Inggeris nanti susah dpt peluang kerja.Betul ke? Org kita memang mementingkan kemahiran bercakap....kemahiran buat kerja tak ada pun tak apa!

Berdasarkan pengalaman ku bekerja dgn syarikat US, Jepun, Korea, Taiwan, China maupun Melayu yg penting pandai buat kerja. Cakap banyak, org tak suka. Kata mrk N.A.T.O (No Action Talk Only).

Ini krn cinta dunia yg mendalam hati. Kalau tak tau Inggeris rasa hidup tak ada makna tapi tak tau Arab tak apa. Sedang kalau ikut kepentingan bahasa Arab lah yg lebih utama krn:
1) Bahasa Nabi Muhammad s.aw.
2) Bahasa Al Quran
3) Bahasa syurga.

Jadi belajarlah bahasa Arab utk faham Al Quran, hadis nabi dan meningkat nilai solat dan amalan agama kita.