Wednesday, April 28, 2010

MELALUI AMAL ALLAH SELESAIKAN SEMUA MASALAH

Lepas solat Zohor beberapa hari lepas, aku sempat berbual dgn Hj. Zali bekas polis pencen. Dia cerita tentang satu pengalaman dalam hidupnya yg cukup menarik utk di kongsi. Katanya, dulu dia belajar disekolah Arab dan arwah bapanya amat tegas mendidiknya dgn agama.

Lepas habis Senior Cambridge, dia telah mendapat kerja sebagai inspektor polis. Sejak itu dia mula sibuk dan banyak mengabaikan amalan agama. Satu hari dia telah hilang suara dan berlarutan sehingga 3 tahun. Dia bercakap dgn keluarganya bagai org bisu. Dia cuba merawat sakitnya tapi tidak juga sembuh.

Satu ketika isterinya telah mencadangkan satu pembedahan yg boleh mengembalikan suaranya.Nilai lebih kurang RM3000.  Tetapi dia menolaknya. Katanya: "Ini berlaku kerana saya yg telah lupa pada Allah. Dia telah memberikan saya berbagai nikmat tetapi saya telah lupa padanya". Mulai dari hari itu dia telah mula mengaji Quran setiap hari. Dgn takdir Allah pada satu hari, sewaktu membaca Quran tiba-tiba suaranya telah pulih spt sediakala. Airmatanya bercucuran krn suaranya telah pulih spt sediakala hinggalah sekarang.

PENGAJARAN:
1. Allah tidak perlu sebarang ubat pun utk menyembuhkan penyakit kita.
2. Bila iman kita lemah, fikir dan cara kita menyelesaikan penyakit kita tiada bezanya dari org kafir.
3. Janji Allah, penyelesaian segala masalah ialah melalui amal agama.
4.Kita tidak dilarang utk berubat tetapi ada beberapa perkara yg perlu diberi perhatian.
   a. Jangan yakin dgn asbab (ubat, doktor, teknologi tidak boleh buat apa-apa. Hanya Allah yg    
       berkuasa selesaikan masalah kita)
   b. Jangan disebabkan asbab kita langgar perintah Allah.
   c. Selesaikan masalah dgn cara Nabi s.a.w iaitu dahulukan amal kpd Allah.

Sunday, April 11, 2010

Fatwa Berkaitan ESQ Leadership Training

Fatwa Berkaitan ESQ Leadership Training


Baru hari ini saya berkesempatan menulis artikel berkaitan fatwa ESQ Leadership Training. Itupun setelah rakan saya Ustaz Amiza memberikan artikel yang telah beliau dapat semasa menghadiri seminar berkaitan ESQ di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi awal tahun 2010 lepas. Mungkin ramai yang tidak mengetahui mengenainya. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi ESQ di Malaysia.
Ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership Training anjuran Ary Ginanjar Agustian dan sebarang ajaran yang seumpamanya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam ; kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam. Ciri-ciri penyelewengan tersebut adalah seperti berikut :

  1. Mendukung fahaman Liberalisme : iaitu memahami/mentafsir nas-nas agama (al-Quran dan as-Sunnah) secara bebas, dan faham Pluralisme agama ; iaitu fahaman yang mengajarkan semua agama adalah sama dan benar. Kedua-dua fahaman ini adalah sesat dan boleh membawa kepada kekufuran.
  2. Mendakwa bahawa Nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian. Ini bercanggah dengan akidah Islam tentang Nabi dan Rasul. Menurut akidah Ahli Sunnah Wa Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah semata-mata pilihan Allah S.W.T (al-Isthifaiyayah) dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan (al-Kasbiyyah)
  3. Mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dengan ajaran Islam, ESQ adalah hasil penemuan seorang Yahudi, Danah Zohar manakala God Spot adalah hasil kajian seorang Hindu vs Ramachandran. Kedua-dua penemuan ini disahkan dengan ayat al-Quran (Surah al-Hajj : Ayat 46)
  4. Menekankan konsep “suara hati” atau “conscience” sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan. Konsep suara hati (conscience) adalah ajaran paling suci dalam agama Kristian. The Oxford Dictionary of World Religion menyebut : “In the main forms of Christianity, conscience is the absolutely invioable and sacrosanct centre of the person as human as responsible for her or his decisions”. Konsep suara hati juga merupakan ajaran agama Hindu seperti yang dijelaskan oleh Swami Vivekanda : “The Atman is the Holy Ghost of the Biblical Trinity, and the purpose of all religions is to make men heard ‘the still small voice’ within them”. Menurut Imam Abu al-Abbas pendapat demikian adalah zindek dan kufur.
  5. Menjadikan logik sebagai sumber rujukan utama. Ini bertentangan dengan akidah Islam yang menetapkan bahawa al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan utama.
  6. Mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima oleh akal dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logis. Mengingkari mukjizat adalah kufur dengan ijmak ulama’ ; kerana ia bermakna mengingkari nas-nas al-Quran dan Hadth Mutawatir yang mensabitkan mukjizat bagi Nabi A.S.
  7. Menggunakan Kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk mentafsir al-Quran. Rasyad Khalifah mengaku dirinya sebagai rasul dan membawa agama baru yang dinamakan “submission”. Teori Kod 19 dianggap lebih tinggi daripada al-Quran kerana mengikut teori ini, ayat-ayat al-Quran perlu dibuang atau ditambah bagi menyesuaikannya dengan Kod 19.
  8. Menyamakan bacaan al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang-orang Islam dengan amalan Bushido oleh orang-orang Jepun yang berteraskan ajaran Buddha.
  9. Mendakwa bahawa kekuatan luar biasa seperti mukjizat boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan ZMP ini, ESQ mengiaskan bahawa mukjizat Nabi Musa A.S diselamatkan daripada Fir’aun juga boleh berlaku kepada orang lain seperti yang berlaku kepada juruterbang Kapten Abdul Razak. Kefahaman mukjizat seperti ini adalah merupakan ajaran agama Hindu seperti yang diterangkan oleh Swami Vivekanda : “When Jesus healed, they called it a miracle”. What is miracle? A supernatural even says the dictionary. “Applied Raja Yoga”, says the Yogi. Just because you dont understand it, you call it miracle. We know what its about. Its natural to us.”
  10. Mentafsirkan makna kalimah syahadah dengan “triple one”. Ini adalah tafsiran bid’ah dan sesat. Dalam konteks akidah “triple one” digunakan oleh Kristian untuk menghuraikan Konsep Trinity. Buku “Christianity For Dummies”, ketika menghuraikan konsep ini menyatakan : “The Trinity : How 1+1+1 Equals 1. Christianity say tha God is Trinity – One God Expressed in three beings. The term trinity means : “Three-oneness”
Artikel ini adalah tulisan dari Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh (Mufti Wilayah Persekutuan)