Sunday, December 6, 2009

ANJAKAN PARADIGMA

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab ‘DATANG BEKERJA‘ tapi hampeh, hasilnya … macam ‘TAK DATANG‘ kerja.

2. Ada kala kita rasa kita ‘BUSY’ giler, rupanya kita … hanya ‘KELAM KABUT‘.

3. Adakala kita rasa kita ‘PERIHATIN’, tapi rupanya kita … ‘BUSY BODY’.

4. Adakala kita rasa kita ‘OPENMINDED’ and ‘OUTSPOKEN‘ tapi rupanya kita … KURANG PENG’AJAR’AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada …KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi ‘LEBIH MESRA‘ tapi rupanya kita di lihat lebih … ‘MENGADA-ADA’

7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE?’, adalah lebih baik kita Tanya … APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT?

Cubalah renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera tapi manusia tetap manusia, sukar nak berubah . Kenapa ye? Jawapannya … Kerana kita selalu berperasaan kita memang dah cukup baik dan aku tak peduli..So what?

Oleh itu marilah kita mula usaha untuk jadi lebih baik. Kita bina keceriaan, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan, kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat, kita draw kat akhirat nanti, tapi kalau kita asyik dengan PhD (Penyakit hasad Dengki), nasib la sebab kita SENDIRI PILIH jalan yang malang.

Perkara pertama yang perlu kita betulkan ialah NIAT bekerja sebenarnya untuk apa? Dunia ini ada TUANnya yang sentiasa melihat dan mengadili kita. Yakinlah kalau kita tak mahu BERUBAH …kita pasti akan DIUBAH. Buanglah EGO kerana ianya sebahagaian dari nafsu yang buruk. Gantilah dengan sifat tawadhuk.

Seorang pernah bertanya kepada seorang ulamak,

" Mana yang lebih bahaya di antara IBLIS dan NAFSU?" Jawab beliau, " Yang menjadikan IBLIS itu IBLIS ialah kerana NAFSU@egonya!"

No comments:

Post a Comment