Monday, January 4, 2010

STRES...NOTA RINGKAS

Hidup ini tiap-tiap hari berhadapan dengan stres. Anak menangis kita stres, isteri membebel kita stres, suami balik terus baca surat khabar kita stres, boleh kata ada saja perkara yang membuatkan kita stres.

APA DIA STRES TU??

Keadaan resah, cemas dan tegang yang berlaku akibat tekanan fizikal dan mental. Ianya berlaku secara dalaman tetapi bukanlah sejenis penyakit namun, ia boleh menyebabkan penyakit.


PUNCA UTAMA STRES:

1. Keluarga (macam yang dinyatakan tadi...)

2. Kewangan ( asyik rasa tak cukup duitlah, nak bayar itulah, hutang inilah)

3. Pekerjaan (kena kerja outstation, overtime, masuk lambat, semua bikin stres).

4. Kesihatan ( demam pun stres, sakit gigi...lagilah stres!).


GEJALA STRES (cuba perhatikan...mana tau anda ada tanda-tanda ini....stres tu...)

1. Tegang otot ( betis dan leher)

2. Tekak rasa kering/ulser pada mulut

3. Pernafasan kurang lancar, tekanan darah meningkat

4. Kandungan gula dalam darah yang tinggi (kencing manislah senang cerita). Ini kerana genetik.

5. Serangan jantung (yang ni pembunuh senyap...kena hati-hati..)


Bila stres, APAKAH KESAN PADA EMOSI DAN MENTAL?

1. Lemah daya tumpuan (tak boleh nak fokus)

2. Lemah ingatan (tak dapat ingat dalam jangka masa pendek pun..)

3. Sukar nak buat keputusan (masuk satu kedai...punyalah lama dan payah nak decide nak beli apa...stres jugak).

4. Mudah tersentuh dan kecil hati (sikit-sikit kecik ati...hush...)

5. Cepat marah

6. Kemurungan (ini dah tahap kena gi spital dan makan ubat anti depression..).


Macam mana pulak nak BENDUNG STRES?

Senang je, kalau rasa-rasa stres...buatlah begini:

1. Gunakan teknik pernafasan yang betul dipanggil teknik pernafasan dalam. Teknik ini diperkenalkan oleh Dr. David Kettleman yang sangat bagus. Cubalah kalau tak percaya....

- Gunakan kiraan 444 (3 kali pusingan)

- Gunakan teknik 848 (3 kali pusingan jugak).

2. Buat regangan otot sama ada otot besar atau kecil (mengeliat atau genggam barang-barang)

3. Ekspresi wajah (kena pandai-pandailah, nak nganga ke, ketap bibir ke...tapi buatlah bersendirian, jangan buat depan orang...malu...)

4. Ketawa (paling efektif untuk mengalihkan stres)

5. Menjerit ( yang ni boleh disarankan di tepi highway. Stopkan kereta, keluar sekejap, jerit puas-puas. Tapi jangan buat kat R & R, maunya kena hantar dua tempat...naya...)

6. Menangis (tengok hindustan nangis, geram nangis....boleh jugak tapi agak-agaklah beb....)

7. Luahkan perasaan ( pada suami ke, kawan-kawan ke, saudara ke, atas lukisan atau lakaran ke...semua yang difikirkan sesuai...Jangan luahkan pada org yg salah…buat naiya diri jer!

8. Cari BUTANG HIJAU ( kalau kat opis, meja kena bersih, letakkan gambar-gambar lama ke, kenang peristiwa dulu-dulu ke...atau letak bacaan- bacaan ringan ke...atau telefon yang tersayang...)

9. Rehatkan pancaindera. (Rehatkan mata...tengok pemandangan, air mengalir, persekitaran hijau. telinga...jangan dengar orang mengumpat pulak!!).

10.Dapatkan waktu rehat / tidur yang sempurna (at least 4 jam). baru best....

11. Kehidupan organik (sesekali pergilah camping ke, berehat tepi pantai ke...)

12. Menangani perbezaan (jangan harap nak sama je semua benda dalam dunia ni. Kalau pasangan ada pro dan kontra kan terasa nikmatnya hidup....) Terima perbezaan di sekeliling kita seadanya.

13. Cuba tukar perkara yg menyesakkan dada tu jadi kelakar…

14. DEKATKAN DIRI PADA ALLAH MELALUI AMALAN AGAMA. Cuba periksa…ada tak buat kita buat amalan ini setiap hari.? Kalau tak ada…memang stress sebab Allah tarik rahmat & sakinah (ketenangan)

1) Solat jemaah dimasjid

2) Solat sunat – Tahajjud, Dhuha, Isyrak, Awwabin, Taubat, Tasbih dll

3) Baca Quran

4) Zikir, Selawat, Istighfar, Doa & Tangisan keinsafan.

5) Bercakap kebesaran & kehebatan Allah.

(sepatutnya ni jadi no.1 kan...ni tidak..susah je baru nak ingat Allah)...ada ke patut.....manusia.............biasalah, sering terlupa. Maka salinglah kita berpesan-pesan pada kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran.


NOTA:

Org Islam sebenarnya tak ada stres. Benda yg disekeliling kita sebenarnya ialah nikmat tapi Allah tukar apabila kita lupakan Dia. Contohnya isteri dan anak-anak.

Bila kita taat Allah mereka beri kita manafaat tapi bila kita lupa Allah, Allah tukar mereka jadi mudarat pulak.

2 comments:

  1. its a great entry pro!
    kalo oleh, letak picture lagi cntik...kasi ceria sket entry ni..hehe..pengisian dah ok ..

    ReplyDelete
  2. Picture no problemo! Cuma takut terlalu berat susah nak bukak..tapi insya Allah lain kali cuba letak picture.

    Thanx.

    ReplyDelete