Monday, January 25, 2010

IJTIMAK BANGKOK 2010 - BAYAN MAULANA IBRAHIM - BAH 2

...Sambungan.

Sesiapa yang belum kahwin, kahwinkan mereka. Dgn pernikahan Allah akan beri mereka rezeki. Firman Allah:
"Nikahkanlah mereka, kalau miskin, Allah akan beri kaya..."

Kata Maulana bukan kahwin dua, tetapi kahwinkan orang yang masih bujang. Untuk hilangkan kefakiran pada pemuda atau gadis, maka hendaklah kahwin mereka. Ada sesetengah orang, bila hendak kahwin cari orang kaya. Itu cara orang yang tidak ada agama. Kita kahwinkan mereka dengan orang yang beragama. Tiada jaminan kahwin dengan orang kaya akan jadi kaya.

Nabi s.a.w beritahu lebih banyak kita amal agama, lebih banyak berkat dan rezeki datang kepada kita. Dunia akan dapat melalui perantaraan agama begitu juga akhirat. Sahabat2 telah nampak dengan mata kepala mereka dunia dan akhirat dapat dengan agama.

Cara agama mesti dengan cara yang sebenar iaitu melalui iman yakin. Semua amalan kita mesti ikut cara Nabi s.a.w;
i) Ibadat
ii) Muamalat
iii) Muasyarat
iv) Akhlak
v) Munakahat

Bila sunnah dihiasi dalam kehidupan, berapa banyak berkat akan datang! Bila agama sempurna, dunia pun jadi agama.
1. Pekerjaan
2. Tidur
3. Ekonomi
4. Perniagaan dll
Dalam usaha dakwah, kita tak larang orang berniaga. Apa yang dikehendaki ialah bina iman dan amal yang betul dalam perniagaan. Nabi beritahu peniaga yang jujur akan dibangkitkan dikalangan Nabi dan sahabat. Mereka akan dilindungi arash.

Seorang yang buat perniagaan melalui cara agama dan hasilnya dibelanjakan dalam kerja dakwah, di akhirat dia di panggil duduk bersama para anbiya.

Perniagaan ialah satu wadah (bekas), bergantung kepada apa yang di isi. Perniagaan yang dijalankan dengan iman menjadi agama. Manakala perniagaan tanpa iman dipenuhi syirik. Ramai sahabat radiallahu anhum adalah peniaga.
1. Abu Bakar
2. Umar Al Khattab
3. Usman Affan
4. Talhah bin Ubaidillah
5. Ab. Rahman bin Auf

Mereka peniaga besar. Walaupun begitu, semenjak mereka didunia mereka dapat berita gembira masuk syurga. Banyak harta yang diperolehi dibelanjakan untuk agama.

Ab. Rahman bin Auf seorang yang sangat kaya. Unta dan muatannya penuh diMadinah. Bila wafatnya, hartanya dibahagikan dengan wasiat termasuklah bongkah emas yang besar. Untuk membahagikannnya ia perlu dipecahkan dan memerlukan tenaga orang muda. Tangan pemuda itu berdarah semasa memecahkannya kerana rumitnya memecahkan emas yang besar.Beliau dapat berita gembira masuk syurga kerana guna harta untuk usaha atas iman dan membelanjakannya untuk agama.

Usman r.a. sewaktu perang Tabuk telah infakkan hartanya untuk menanggung 10,000 (sepuluh ribu) orang keluar ke jalan Allah. Jumlah jemaah ialah 30,000 (tiga puluh ribu) orang. Dia menanggung 1/3 daripada keperluan jemaah tersebut bahkan telah memberi 1000 (seribu) keping wang emas kepada Nabi s.a.w.

Baginda s.a.w begitu suka dan telah memeluk beliau dan beritahu selepas ini apapun yang dia, Allah akan ampunkan dosanya. Bagiamanapun dia terus menginfakkan hartanya pada jalan Allah.

Bila jadi khalifah dia baiki Masjid Nabawi dengan hartanya sendiri. Lama masa ialah 10 bulan. Dia sendir mengawasi kerjanya dan tetap berpuasa. Katanya kepada pekerjanya: "Siapa yang bangunkan masjid didunia, Allah akan bangunkan istana untuknya disyurga."

Kalau agama datang, perniagaan pun jadi agama. Bila yakin rosak, perniagaan rosak dan kesannya buruk. Bila berniaga dengan modal yang haram, ia menjadi haram dunia dan akhirat. Di akhirat ia dipanggil: " Ya ayyuhal fujjar [ Wahai orang yang rosak]"

Seperti mana penzina wanita yang rosak, begitulah peniaga yang rosak akan dibangkitkan diakhirat.

bersambung....

No comments:

Post a Comment