Saturday, January 2, 2010

TIPS...BAGAIMANA NAK SETTLEKAN MASALAH KEWANGAN

Hujan turun lepas Maghrib semalam. Jadi lepaklah dulu kat surau sementara tunggu Isyak. Dalam pada tu sempatlah baca Quran Surah Al Waqiah & Al Mulk. Surah ni banyak kelebihannya:

1) Al Waqiah - Orang yg membacanya tak akan ditimpa kemiskinan. Settle masalah kewangan.

2) Al Mulk - Barangsiapa yg baca hari tsb...jika mati lepas dari azab kubur.

Bacalah setiap malam....Mesti korang dapat rasa perbezaan hidup. Tak ada lagi rasa tak cukup. Dijamin 100% berjaya...Iye ker boleh selesai masalah kewangan ni? ! Betul ker ni? Tentulah betul...sebab Nabi yg bagitau. Amal jer dulu baru tau...!

Inilah kelemahan kita. Yakin Nabi tu benar tapi apa yg Nabi s.a.w bagitau... malas nak amal. Kenapa? Kerana tak yakin dengan amal berjaya. Tandanya bila kita cakap macam ni: "Memang amalan tu bagus TAPI kita kena usaha jugak syeikh, kalau tak macam mana rezeki tu nak datang!"

Terpulanglah! Kalau Allah bagi hidayat mesti korang faham...tapi kalau Allah tak bagi hidayat, tak ada sapa pun boleh bagi faham. Itu sebab kita wajib minta hidayat....Sekurang-kurangnya 17 kali sehari dalam solat fardhu.

Teringat kata Abang Din Penanti (Alma):
Dunia ni senang nak faham...tapi susah nak dapat.
Akhirat susah nak faham...tapi senang nak dapat

Jadi tak payah nak fikir..buat ajelah! POTONG...POTONG...Potonglah rasa ragu tentang janji Allah dan Rasul. Huhuhu...!

Kisah ni antara pengalaman yg memberi kesan kpd pemikiranku. Jawapan seorang mak cik di Pasir Puteh , Kelantan bila dia ditanya oleh sedara-mara & jirannya kerana hantar semua anak-anaknya belajar hafiz Quran. Jawapnya:
"Aku nak tanya korang..org yg belajar universiti, tuhan mana yg bagi rezeki. Org yg belajar madrasah pulak tuhan mana..???Kalaulah Allah beri org yg belajar u rezeki, takkan Allah tak beri rezeki kpd org yg mengabdikan diri pada agamanya..! Adusss

Betul jugak...Mana ada org yg jadi hafiz hidup merempat. Tapi org lain tu memang banyaklah...

KESIMPULANNYA:
1) Semua pekara datang dari Allah. Jadi nak dpt apa-apa semuanya mesti guna cara yg Allah tetapkan iaitu melalui amal agama.

2) Apa pun pendapat kita..bila ia mengikut kehendak Allah & cara Nabi s.a.w kita betul. Kalau bertentangan dgn kehendak Allah & cara Nabi s.a.w...kita SALAH.

3) Bila tak ada hidayat...cara mudah & dijamin berkesan ada, kita tak nak buat. Tapi kita suka buat cara yg susah, meletihkan, menyerabutkan dan TAK ADA JAMINAN.





No comments:

Post a Comment