Wednesday, January 13, 2010

MUHASABAH

Semalam dapat berita rumah salah seorang kawan kena pecah. Yg hilang..laptop, digital camera dll. Kejadian tu berlaku waktu siang masa semua ahli tiada dirumah.

Teringat pulak aku pada kejadian tempoh hari. Satu kutu (MAT PET) kena tangkap masa tengah cuba masuk dalam rumah. Dia memang kebal...belasah macamana pun buat bodoh..tak mengaku. Tapi bila aku nasihat dia baik-baik, dia tunduk malu tapi tak sempat habis nasihat datang lagi mamat lain yg cepuk dia. Biasalah...kalau ramai semua tunjuk gedebe...memang berani giler. Seronok beb !

Semua org nak belasah dia teruk-teruk tapi aku halang buat lebih-lebih. Masa tu semua org bengang dgn aku. Dah korang panggil aku sapa suruh? Aku bukan sokong budak tu cuma tak mau buat zalim tanpa hak takut besok Allah tangkap di akhirat. Kes tu buat aku terfikir, betapa bengangnya dia org dgn pencuri sampai macam nak bunuh org. Bagi mereka pencuri begitu hina.

Sebenarnya bila barang kita dicuri org, kita kena lihat apa amalan kita yg tak betul? Kenapa dlm banyak-banyak rumah dia dtg rumah kita ? Mungkin tercampur yg haram atau kita tak bayar zakat, bakhil atau kita terlalu riya'.

Pencuri kita hina, marah dan benci....Tapi dosa dia cuma dgn tuan rumah. Cemana pulak dgn kita yg curi tulang waktu kerja...tak ker kita curi duit majikan atau duit rakyat? Masa mengULAR kita memang tak patut dapat upah kerana tak buat kerja tapi kita tak peduli. Di akhirat, kalau kita kerja dgn majikan maka kita kena minta halal dgn majikan.

Dan kalau kita kerja dgn kerajaan, maka kita kena minta halal dgn 27 juta rakyat Malaysia sebab curi duit rakyat. Allah........Sapa lagi hina mat pet pencuri atau kita yg mencuri wang rakyat. Fikir-fikirkan.

No comments:

Post a Comment