Sunday, January 24, 2010

IJTIMAK BANGKOK 2010 - BAYAN MAULANA IBRAHIM - BAH 1


Apapun yg kita nikmati & perolehi dari dunia ini, nampaknya seperti asbab tetapi hakikatnya dari Allah. Zat Allah tidak bergantung kepada asbab. Apa saja nikmat yang kita perolehi, semuanya dari Allah. Asbab yang Allah beri kepada kita terbahagi kepada 2:

1) Sebagai nikmat

2) Sebagai amanah


Oleh itu kita kena jaga supaya jangan nikmat ini menghalang kita dari kebahagiaan akhirat. Jangan jadikan ia penghalang kepada kebahagiaan yang kekal. Kita perlu usaha bagaimana asbab ini membantu kita taat kepada Allah. Jika tidak ia berubah menjadi asbab yang dilaknat.


BAGAIMANA?

Allah tidak suruh kita cari atau tinggalkan dunia tetapi cari agama.


Satu ketika Nabi panggil sahabat. Kamu datang dan saya akan kirim kamu keluar kejalan Allah. Kamu akan selamat dan pulang bawa ghanimah. Tetapi jawab sahabat itu: “Saya keluar hanya untuk cari redha Allah”. Sabda nabi: “Harta yang baik berada ditangan orang yang baik.”


Jibrail ajar doa:

“Allahummarzuqni tayyiban was ta’milni tayyiban” - Berilah daku rezeki yang baik dan gunakanku dalam amal yang baik.”


Semua ini di sampai dan di ajarkan kepada kita. Bagaimanakah tanggungjawab itu dapat ditunaikan? Kerana itulah Allah beri asbab untuk kita taat pada Allah.


Kata Maulana, orang Arab sering jumpa dengan kami dan tanya bagaimana buat kerja dunia dan agama? Hendaklah kita faham, apa kerja kita didunia? Usaha ini tidak suruh kita tinggalkan dunia tetapi ialah “tamassuk biddin [berpegang teguh pada agama]”


Gunakan asbab untuk jalan agama, cara Nabi s.a.w. Bila ia diwarnai dengan agama Allah akan beri 2 faedah:

1) Allah ganti di akhirat

2) Allah beri keberkatan didunia.


Perkara asas (buniyat) wujud untuk apa? Bila perkara ini kita tidak faham, kehidupan akan jadi rosak.


Hadirnya kita didunia ialah untuk kenal Allah. Tunduk kepadaNya dengan amal yang diredhai iaitu dengan cara nabi s.a.w. Apabila kefahaman rosak, hidup jadi rosak.


Maksud sebenar ialah kehidupan kita tegak diatas iman dan amal. Bila sibuk dengan asbab dan benda kita akan rosak. Kita kena usaha atas iman hingga iman kita jadi kuat dan hukum Allah tegak dalam diri kita. Perkara ini WAJIB.


Ada iman mauruts (warisan). Sesiapa pun yang dapat harta warisan dia akan berusaha supaya bertambah banyak. Contohnya:

· Tanah

· Kedai

Untuk bina iman warisan kepada iman matlub (yang dikehendaki), perlu usaha kepada usaha yang dibuat oleh anbiya. Usaha dakwah ialah usaha atas iman. Sebagaimana orang dunia tinggal anak isteri untuk dunia, maka bila dia bergerak untuk menjaja barangnya, maka ia akan bertambah.


Begitu juga apabila iman diusaha dengan menggunakan tenaga dan harta hingga wujud kesempurnaan (taqwa), ia akan menarik pintu keberkatan langit dan bumi terbuka.


Firman Allah swt:

“ Sekiranya penduduk disatu tempat beriman dan bertqwa kepada Allah, nescaya Allah akan membuka pintu keberkatan dari langit dan bumi….”


Iman ada 2 tahap:

· Apabila sampai tahap taqwa, ia menarik keberkatan dari langit.

· Sebaliknya jika iman warisan tidak diusaha, iman akan lemah hingga tidak dapat tunai takaza iman sehingga langgar perintah Allah.


Kehidupan manusia yang tenggelam dalam maksiat menarik musibah dari Allah Walaupun begitu, musibah yang datang hanya sedikit saja tapi banyak dosa yang dimaafkan oleh Allah.


Manusia terbahagi kepada 2:

1) Iman yang tidak sempurna melahirkan musyrik yang sempurna seperti Abu Jahal, Abu Lahab dll)

2) Bila ikut cara Nabi, maka akan lahir mukmin yang sempurna seperti Abu Bakar r.a.


Apabila tamat perang Badar, Nabi berada ditempat Abu Jahal mati. Baginda berdiri ditepi lubang ditempat dimana mayat mereka dibuang dan berkata:


Apa yang dijanjikan oleh tuhan kami, telah kami perolehi, Bagaimana dengan janji tuhan kamu..?”


Ini satu contoh bagaimana manusia yang usaha atas im.an hingga jadi bertaqwa seperti Abu Bakar. Manakala mereka yang tidak usaha atas iman akan jadi seperti Abu Jahal hingga dapat musibah.


Ada golongan yang ketiga iaitu kita. Saya dan tuan-tuan…Ada iman dan amal yang rosak yang juga bakal menarik azab Allah ke atas kita.


Musibah atas dunia ada 2 contoh.

1) Kerana menyempurnakan hukum Allah

2) Untuk membinasakan


Orang beriman juga ditimpa musibah tetapi keadaannya berbeza dari orang yang buat maksiat. Zahirnya Nampak susah tetapi hati tenang. Contohnya puasa. Dia yakin lapar dan haus kerana sempurnakan hukum Allah pasti diberi ganjaran oleh Allah.

Manakala orang yang lapar dan susah kerana dunia hidupnya susah, tidak tenang hingga dunianya terasa sempit. Tidak tahu apa yang menimpanya.

No comments:

Post a Comment