Tuesday, January 5, 2010

CARI MOTIVASI DIRI

Apa kebaikan yg anda buat hari ni...dan berapa banyak agaknya kebaikan yg anda buat tiap-tiap hari? Kenapa bertanya begitu? Kerana ia menentukan bagaimana kehidupan anda. Malang atau bertuah bergantung kepadanya.

Kata org motivasi:" Setiap sesuatu yg keluar dari kita spt magnet. Kalau yg keluar itu positif, maka ia menarik perkara positif dtg kpd kita.....Bila yg keluar dari kita perkara negatif, maka ia menarik perkara negatif." Kata org Melayu nasib malang…

Sebenarnya setiap perkara telah lengkap dalam agama termasuklah motivasi. Cuma kita yg kadang-kadang fobia dgn agama. Bahkan bila kita amal agama, kita akan di cop warak lah...lebai lah...dan macam-macam lagi. Ishhh...dunia!...dunia! Itulah sebabnya kita terpaksa mencari dari berbagai sumber selain agama utk memotivasi diri kita.

Tapi tak apalah! Kerana akhirnya kita akan kembali semula pada agama. Kerana pakar motivasi yg terbaik ialah Nabi Muhammad s.a.w.


NOTA:

Bila diri dalam kegelapan dan kebingungan, carilah dalam agama disana ada motivasi dan cahaya petunjuk.

No comments:

Post a Comment