Monday, January 4, 2010

ISU NAMA ALLAH..JUST MY 2 CENTS

Selalunya aku elak dari mencampuri masalah politik…namun hatiku bagai digaru-garu untuk turut menulis. Ia bukan masalah BOLEH atau TIDAK? Tetapi APAKAH NIAT sebenar penggunaan nama tersebut. Dinegara luar, nama Allah dihina-hina oleh orang bukan Islam. Apasal lak kali ni mereka beria-ia benar nak guna nama tu?? Motif??

Apakah UNTUNGnya mereka apabila gunakan nama Allah dalam penerbitan mereka? Dan apa RUGInya mereka, kalau tak guna nama Allah dalam penerbitan mereka? Inikan perkara sensitif…Kenapa perlu tukar dari Jesus ker…atau God kepada Allah? Tukarlah sekali nama God kepada Allah dalam semua Bible di luar negara ! Nak jugak dengar mereka menyebut nama Allah digereja.

Geli dan meluat melihat gelagat orang yang kononnya Muslim mencari publisiti murahan yang kononnya mereka orang yang sangat bertoleransi dan bijak. Malah turut serta mendatangkan hujah-hujah kononnya ianya telah lama diguna pakai dinegara Mesir lah dan bla..blaa..blaa. Pegi dah…Bukannya tak dapat tangkap permainan mereka yang ingin menimbulkan kekeliruan, tapi kalau dah gila publisiti nak buat cemana! Nak bodek rakyatlah tu..

Nasib baik AGAMA DIJAGA oleh Allah…kalau nak harap orang yang merasa diri mereka pembela rakyat…Huhh ..Hampeh.

Hadis dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Sesiapa yang mencari dunia untuk berbangga-bangga keatas orang lain, untuk menjadi kaya atau mendapat nama – walaupun dengan cara yang halal, dia akan bertemu dengan Allah dalam keadaan Allah sangat murka kepadanya.

Sesiapa yang mencari dunia dengan cara yang halal bertujuan supaya dia tidak perlu meminta-minta kepada orang lain, unutk mencari rezeki kepada ahli keluarga dan supaya melakukan kebajikan kepada jiran tetangga, akan bertemu Allah dalam keadaan wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.” – (HR Baihaqi)

NOTA:

Sebagai seorang Muslim kita harus berhati-hati dengan perkataan kita. Takut percakapan kita membawa mudarat kepada diri apatah lagi agama.

No comments:

Post a Comment