Wednesday, January 6, 2010

UKIRAN ANAK vs UKIRAN AYAH


Anak seorang tukang ukir hairan kenapa bapanya banyak mengkritik hasil kerjanya. Padahal hasil ukirannya terjual dengan harga yg lebih tinggi daripada hasil ukiran ayahnya.

"Ayah, dulu masa hasil ukiran saya dijual dengan harga RM40, ayah tegur hasil kerja saya.. Kenapa..?" Tanya si anak.. "Memanglah..sebab masa tu, hasil ukiran ayah dijual dgn harga RM50.."sahut ayahnya


"Tapi selepas ukiran saya dijual dgn harga RM50 pun ayah masih kritik hasil kerja saya. bukankah hasil kerja saya dah meningkat.?" Ayahnya tersenyum sambil berkata.." Tapi tak ker hasil kerja kau cuma setanding dgn hasil kerja ayah..?"

Si anak masih tak puas hati. " Nih.. semalam saya mampu hasilkan ukiran yg bernilai RM60.. tapi ayah tetap kritik kerja saya.."

"Nak... selama ini pernah kah kau melihat hasil kerja ayah lebih mahal atau lebih murah dr RM50..? Si anak terdiam.... " x pernah.." "Kenapa agaknya..?" "Hmm. Entahlah…x tahulah ayah? “ Cubalah fikirkan..." terang ayahnya lagi. “Betul ayah.. saya x pasti"

" Kau tau x kenapa hasil ukiran ayah x bertambah baik..? Sebab datuk kau xpernah mengkritik hasil kerja ayah. Jadi, ayah tidak mau ulang kesilapan datuk kau! Ayah akan terus kritik supaya hasil ukiran kau bertambah baik.. jika tidak.. harga ukiran kamu akan terus di takuk lama sama macam ukiran ayah ini.."

PENGAJARAN
Kritikan yg adil adalah pendorong dan pemantau kepada kualiti kerja yg tinggi. Sikap terlalu berpuas hati dgn hasil kerja akan membunuh semangat utk terus menambah ilmu,kemahiran dan kegigihan..Jangan berlunjur sebelum duduk.

Tapi kritikan yg melampau juga boleh membunuh semangat. Pastikan NIAT DAN ADAB bila mengkritik. Terlalu banyak mengkritik ataupun salah cara kritik kita pula dibenci orang.

Kritik diri sendiri lebih baik dari kritik orang.

No comments:

Post a Comment