Thursday, January 7, 2010

ENTAH APA-APA...

Bukan spesis yang paling kuat ataupun yang paling bijak yang akan terus ‘HIDUP’, tetapi ialah yang paling ‘RESPONSIF’ kepada perubahan. - Charles Darwin


Selalunya aku tak berkenan dgn dia ni...tahu siapa dia? Dialah org yg memperkenalkan teori evolusi. Alah...yg kata manusia berasal dari beruk. Mungkin dia kut? Oklah, kali bukan topik tu... tapi RESPONSIF kepada perubahan. Apa maknanya tu?


Maksudnya MINDA kita jangan terlalu 'RIGID'! Bila kita berfikiran begitu, kita selalunya menghalang kemajuan. Itulah sebabnya kita jauh ketinggalan. Sentiasa hidup dalam kenangan... bukannya dimasa sekarang.Tandanya;

- Bila ada cadangan baru je...terus reject.

- Bila nak buat perubahan sikit ...boikot.

- Depan cakap lain ..belakang cakap dan buat lain.

- Kalau boleh nak tengok org yang cadangkan tu gagal...tengok kan aku dah cakap, mesti tak boleh punya! Inilah prinsip dia.

- Eleh nak tunjuk pandailah tu..itulah hujah yg selalu dipakai

- Tak payah tunjuk pandai...aku dulu makan garam dari engkau!


Spesis spt ini banyak terdapat di mana-mana. Oleh kerana terlalu banyak, kadang-kadang jadi virus yg membiak dan menghinggapi pekerja-pekerja baru. Mereka juga responsif tetapi hanya berlakon cari makan. Mereka cukup suka kalau orang lain juga bersikap negatif.


Jadi tinggallah kawan kita yg bersemangat nak buat perubahan terkontang-kanting seorang diri. Begitulah seterusnya dari zaman ke zaman. Nak buat cemana...ianya warisan penjajahan British yg harus dipertahankan. Biarpun sekelilingnya berubah...bangunan yg moden, perabut yg cantik, peralatan yg canggih, gaji yg lumayan tapi MINDA tetap hampeh.


First class facilities but with 3rd. class mentality!


Kita akan jadi org yg merdeka apabila minda kita sudah merdeka. Kita perlu keluar dari COMFORT ZONE! Ianya macam gula, walaupun manis...tapi bila berlebihan jadi kencing manis. Fikiran begini sebenarnya mungkin satu azab, kerana kita makin jauh dari agama dan amal agama ikut cara sendiri bukan lagi cara Nabi.


Satu-satunya cara keluar ialah kembali amalkan agama, barulah semua kualiti akan terbentuk.


NOTA PENTING:

Untuk agama memang kena RIGID! Kerana Islam itu terlalu advance dah satu-satunya cara yg ada gerenti. 100% pasti dan pasti dan pasti BERJAYA.

No comments:

Post a Comment