Tuesday, January 12, 2010

HADIS - AKHLAK MULIA DAN DIAM

Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bertemu Abu Zar r.a. Baginda s.a.w telah bersabda:
"Abu Zar! Mahukah aku khabarkan kepadamu dua perkara yang mana mengamalkannya adalah terlalu mudah dan sangat berat pada neraca timbangan berbanding amalan lain? "

Abu Zar r.a telah berkata:
"Ya Rasulullah s.a.w khabarkanlah."

Baginda s.a.w bersabda:
"Biasakanlah diri untuk berakhlak mulia dan berdiam diri. Demi zat yang jiwa Muhammad s.a.w ditangannya! Tidak ada amalan yang dilakukan oleh semua makhluk yang sebaik kedua-dua amalan ini. "- HR Baihaqi

Kalau kita fikir-fikirkan... setiap amalan agama sangat tinggi kedudukannya dan mudah untuk mengamalkannya. Tapi sayang...kita tak peduli langsung ajaran Nabi kerana tidak nampak nilai agama. Ya...lah! Tapi sebaliknya kalau nilai dunia, budak kecik pun tahu..

Kalau hilang RM 100, kita rasa rugi sangat. Kita akan cuba ingat kita letak kat mana atau lalu jalan mana. Silap-silap boleh jadi gaduh kerana syak pada orang tertentu.

Tapi kalau terlepas mana-mana amalan agama kita tak rasa apa-apa. Huhuhu...

"Ya Allah! Bantulah hambaMu ini untuk amal agama sebagaimana yg Dikau kehendaki!"

No comments:

Post a Comment