Thursday, January 14, 2010

PERGI KE IJTIMAK BANGKOK 15-18 JAN 2010

Mulai hari ni sampai Selasa (14-19) aku mungkin tak sempat nak update blog ni krn berada di Bangkok dan pada (20-23) Jan ada program team building di Jeram Besu.

Last kali aku kat sini ialah bulan April tahun lepas. Tujuan kali ni ialah utk pergi ke ijtimak Thailand di Khlong Luang, Pathum Tani. Tapi hari aku lepak dulu kat rumah pak su aku seorang kontraktor di Pattanakan, Bangkok. Dia kira sama baya dgn aku. Besok pagilah pergi ke tapak ijtimak.
Bagi org yg suka enjoy Bangkok memang happening. Tapi bagi aku, ada kelebihan dan kekurangannya. Biasalah...kat mana-mana pun macam tu.

Yg baik tentang Bangkok
1) Rakyat Thai memang sayang dan bangga dgn bahasanya..tak macam kite...yg mengagungkan bahasa penjajah.
2) Penduduknya lebih berbudi-bahasa dr KL.
3) Makanan sedap dan murah.
4) Kreativiti masyarakatnya.
5) Broadband 4 MB...laju giler.

Yg kureng...
1) Masalah bahasa...masalah biasa bila melawat negara org.
2) Nak cari makanan halal..ada tapi susah nak cari
3) Tempat melepas..toilet tak de air..pakai tisu jer ...Huhuhu..
4) Yg paling penting...tak banyak tempat solat
5) Duit kita kecik...tukar Baht 100 dapat RM 8.0++ jer...Waaaaa!!!

Cerita selanjutnya tentang Bangkok akan di update nanti.

Kira bersyukur sgtlah Allah lahirkan kita kat Malaysia. Serba-serbi senang. Kita akan hargai sesuatu nikmat bilamana perkara tu ditarik dari kita.

Syukur dgn mulut pun syukur. Tapi Nabi s.a.w tunjuk cemana nak bersyukur iaitu dgn berdiri malam mengadap Allah sampai bengkak-bengkak kaki. Bila Aishah r.a. tanya kenapa Nabi bersusah payah sedangkan Allah telah ampun semua dosa baginda. Jawab Nabi s.a.w:
" Apakah tidak patut aku jadi seorang hamba yg bersyukur kpd Allah."

Nabi s.a.w beritahu manusia selalu lupa bersyukur terhadap dua perkara iaitu nikmat sihat dan masa lapang. Jadi gunakanlah nikmat ni sebaik-baiknya sementara ada pada kita.

2 comments:

  1. saya ada kat sana.. syukur.. mujahadah sungguh..

    ReplyDelete
  2. Setiap kali pergi ijtimak, mesti dpt sesuatu yg baru. Memang berbaloi walaupun susah. Insya Allah nanti saya cuba update bayan2.

    ReplyDelete