Seminggu dua ni memang sibuk, x sempat nak update. Nak wat camna program sampai tgh malam. Oooopppss....inilah alasan! Kita selalu beri alasan utk bela diri. Sebenarnya setiap org ada masa yg sama, cuma 24 jam. Dgn masa yg sesingkat itu ramai org yg berjaya dan x kurang juga yg gagal. Yg berbeza cuma bagaimana kita programkan diri kita. Kerana itu kita perlu ada prinsip hidup. Kata org motivasi: "Org yg negatif bersikap mencari alasan dan org yg positif bersikap mencari jalan penyelesaian."
Kata org psikologi, org yg bermasalah sebenarnya mempunyai rasa rendah diri. Utk menutup rasa rendah diri inilah..... mrk menjadi garang,marah kpd org yg menegurnya, suka menunujuk-nunjuk dan memberi alasan bila berlaku sebarang kesilapan. Tiada apa yg nak dimalukan apabila kita menerima kelemahan diri. Kita manusia mana ada sempurna!
Kenapa ramai di antara kita yang kecewa apabila cuba mengubah realiti diri kita? Samada ianya kegagalan dalam hubungan atau gagal mencapai impian atau apa saja. Yang jelasnya ialah tiada siapa “impikan” kegagalan dalam hidup.
Jadi, marilah menghadapinya!
PERATURAN ASAS TRANSFORMASI DIRI YANG BERKEKALAN
Cuba menukar keadaan luaran adalah satu perkara yang sangat mencabar.
CARANYA:Setiap usaha anda akan “SELALU” gagal jika tidak diiringi dengan perubahan cara berfikir dan kepercayaan. Semuanya bermula dengan MINDA.
CONTOHNYA: Menguruskan badan tanpa memahami kenapa anda “TERLEBIH MUATAN”. Dalam pertarungan ini, akhirnya kita dapati hasilnya GAGAL. Berbalik kepada perkara asas tadi iaitu; untuk menukar perkara luar diri… kita perlu mengubah apa yang ada dalam diri.
TANYA DIRI: Apa sebenarnya yang berlaku pada MINDA anda?
BAGAIMANA KITA MENCIPTA REALITI DIRI?
Kata orang-orang tua; anda menjadi seperti apa yang anda fikir! Kini ia dengan secara KUKUHnya telah dibuktikan oleh kajian yang canggih.
Gambarkan tentang laluan jalan kaki dalam hutan. Kekerapan penggunaan mewujudkan jalan yang jelas. Bagaiamanpun jika tak digunakan, ianya lama kelamaan akan hilang.
Secara tabie, minda kita adalah makhluk tabiat. Sepertimana laluan denai dalam hutan—laluan saraf didalam otak kita diperkuatkan oleh kekerapan penggunaannya. Tetapi kalau tidak digunakan ianya perlahan-lahan akan tertutup.
Jadi…kalau anda selalu member perhatian kepada pemikiran dan keadaan yang negatif, apa agaknya yang akan berlaku? Mereka akan bertambah kuat dan men
guasainya. Kalau anda fokus kepada bahagian yang terang, laluan saraf positif akan memerolehi kekuatan dan menguasainya. MUDAHNYA!
((( Apa yang anda fokus akan berkembang!)))
Pemikiran anda sebenarnya MENCIPTA realiti luaran, kerana merekamenentukan bagaimana anda respon terhadap apa yang berlaku kepada diri anda. Dan RESPON inilah yang menjelaskan realiti diri anda.
BAGAIMANA MINDA BERFUNGSI
MINDA SEDAR dan SEPARA SEDAR adalah satu pasukan. Mereka secara bersama membentuk realiti minda anda.
Sebenarnya tiada sesiapa pun yang memilih untuk berfikir secara negatif! Kebanyakan semut @ ANTs ( Automatic Negative Thoughts) muncul secara automatik dari minda separa sedar kita. Gambarkan diri anda berda disebuah kebun. Tabiat berfikir dan kepercayaan anda adalah benihnya. Minda separa sedar TAK PERNAH tanya apa benih yang ditanam didalamnya. Ia hanya membekalkan tanah yang menyuburkannya.
Sebaliknya minda sedar anda pula, adalah pekebun yang bijak. Ianya memilih dan menanam hanya benih yang sihat dan membuang rumpai yang tumbuh dalam kebun minda anda.
Adalah penting untuk kita ingat yang minda separa sedar tidak akan mengkaji secara rasional benih yang ditanam ditanahnya. Ia bekerja 24 jam sehari untuk menumbuh-suburkan apa yang ditanam didaamnya.
Minda separa sedar anda akan menghasilkan kegagalan, tekanan, dan nasib buruk dengan mudah sebagimana ia menghasilkan kejayaan, kemewahan dan kegembiraan.
5 LANGKAH ME-NYAHKAN SEMUT@ ANT
Kalau kita tidak mencapai kebahagiaan dan kejayaan yang kita patut dapatkan dalam hidup, kemungkinan SEMUT@ANT sedang merayap dalam minda separa sedar kita.
SEMUT@ANTs (Automatic Negative Thoughts) boleh mengagalkan perkara yang anda sedang usahakan untuk mencapai kegembiraan, kejayaan dan kekayaan yang anda ingin dalam hidup. Mereka adalah musuh kepada perubahan diri yang berkekalan.
Inilah langkah menyahkan SEMUT@ANT anda:
1.Bina kesedaran apakah SEMUT@ANT itu? Apakah mesej yang sedang bergerak-gerak dalam minda spara sedar anda?
2.Jika anda sudah sedar tentang SEMUT@ANT tsb, tarik ia keluar ke minda sedar anda yang terang. Tanya diri: Adakah ia memberikan mesej tentang sesuatu yang anda patut ditukar? Atau ianya sekadar ‘BARANG LAPUK’ dari umur 5 tahun yang bukan lagi benar?
3.Cipta sauh yang samada ianya menunjukkan perubahan ataupun untuk menyahkan SEMUT@ANT. Apabila diwujudkan, sauh akan secara automatik menjadi sebagai “SIGNAL” kepada diri anda. Contoh: Anda berjanji pada diri untuk memetik jari setiapkali SEMUT@ANT itu cuba melemahkan usaha anda membaiki diri. Buatlah sauh sendiri.
4.Ingat! Minda anda hanya boleh ada satu fikiran saja pada satu masa. Fokuskan minda sedar anda kepada apa yang anda mahu. Jangan fokus kepada kebimbangan. Ingat! Apa yang anda fokus akan ‘tumbuh-subur’! Oleh kerana itu, bimbang sebenarnya adalah PENETAPAN MATLAMAT YANG NEGATIF.
5.Yang pentingnya, kekal begitu! Perubahan diri dan perkembangan berlaku sekali sehari.
Terus tarbiyyah diri untuk menjadikan diri seperti yang anda kehendaki…dan berhak
mendapatnya!
Sekarang adakah anda sedar yang BIMBANG sebenarnya penetapan MATLAMAT NEGATIF
yang sangat berkuasa? Adakah anda sedar kenapa anda selalu bimbang?
Semoga kisah ini memberi anda impak untuk merubah diri anda. Kisahnya begini..
Kisah Perubahan
Ketika saya masih muda Saya mengembara untuk mengubah DUNIA
Semakin saya meningkat dewasa Saya rasa hasrat ini terlalu tinggi Jadi saya bercadang mengubah NEGARA pula
Semakin dewasa, ini juga saya dapati terlalu tinggi Jadi saya bercadang untuk mengubah BANDAR saya
Apabila saya sedar, ini juga tidak dapat saya lakukan Saya cuba mengubah KELUARGA saya
Kini saya sudah tua, saya sedar saya seharusnya Bermula dengan mengubah DIRI saya sendiri
Jika saya telah bermula dengan diri saya sendiri Mungkin saya akan berjaya mengubah Keluarga saya, Bandar saya Atau mungkin juga Negeri saya dan siapa tahu, Mungkin Dunia ini juga
“Life is a Constant Change"
Karya nukilan : Tidak diketahui
Hmm..Apakah maksud puisi di atas? Perkara pertama yg perlu kita buat ialah mengubah diri sendiri BUKAN ubah orang.
Kenapa? Kerana Allah beritahu kita semua sedang RUGI kecuali...orang yang ada 4/4 sifat ini. Maksudnya kalau ada 1 atau 2 atau 3 sifat...tetap juga rugi. Apa dia?
Hidayat milik Allah. Dia memberinya kepada sesiapa yg dikehendaki dan menyesatkan sesiapa yg dikehendakinya. Jadi janganlah kita menghukum sesiapapun kerana Allah boleh ubah keadaan dalam sekelip mata saja. Yg penting kita usaha dan doa supaya Allah beri hidayatnya.
Ya Allah.. berilah hidayatmu pada kami.
Daniel Streich, ahli politik Swiss, yang terkenal kerana kempen menentang pembinaan masjid di negaranya, tanpa disangka-sangka memeluk agama Islam.
Streich adalah orang pertama yang mencetuskan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di Swiss. Dia berasal dari Parti Rakyat Swiss (SVP). Pengumuman kemasukan Streich ke agama Islam menjadi heboh seluruh Switzerland.
Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas. Dia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di negara itu, dan membuka jalan bagi perdebatan umum terhadap mimbar dan kubah masjid.
Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang pemeluk Islam. Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membangun masjid yang paling indah di Eropah di Switzerland.
Yang paling menarik dalam hal ini adalah bahawa pada saat ini ada empat masjid di Swiss dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Dia mengakui ingin mencari “pengampunan dosanya” yang telah meracuni Islam. Sekarang adalah fakta bahawa larangan kubah masjid telah memperoleh status undang-undang.
Abdul Majid Aldai, presiden OPI, sebuah LSM, bekerja untuk kesejahteraan Muslim, mengatakan bahwa orang Eropah sebenarnya memiliki keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan terorisme; sama halnya dengan Streich. Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Alquran dan mulai memahami Islam.
Lahir di sebuah keluarga Kristian, Streich melakukan studi komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam, tapi ajaran Islam memiliki dampak yang mendalam pada dirinya. Akhirnya dia malah antipati terhadap pemikirannya sendiri dan dari kegiatan politiknya, dan dia memeluk Islam. Streich sendiri kemudian disebut oleh SVP sebagai syaitan.
Dulu, dia mengatakan bahwa dia sering meluangkan waktu membaca Bible dan sering pergi ke gereja, tapi sekarang dia membaca Alquran dan melakukan solat lima waktu setiap hari. Dia membatalkan keanggotaannya di parti dan membuat pernyataan umum tentang keIslamannya. Streich mengatakan dia telah menemukan kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat dia temukan dalam agama sebelumnya.
Sesiapa yang belum kahwin, kahwinkan mereka. Dgn pernikahan Allah akan beri mereka rezeki. Firman Allah: "Nikahkanlah mereka, kalau miskin, Allah akan beri kaya..."
Kata Maulana bukan kahwin dua, tetapi kahwinkan orang yang masih bujang. Untuk hilangkan kefakiran pada pemuda atau gadis, maka hendaklah kahwin mereka. Ada sesetengah orang, bila hendak kahwin cari orang kaya. Itu cara orang yang tidak ada agama. Kita kahwinkan mereka dengan orang yang beragama. Tiada jaminan kahwin dengan orang kaya akan jadi kaya.
Nabi s.a.w beritahu lebih banyak kita amal agama, lebih banyak berkat dan rezeki datang kepada kita. Dunia akan dapat melalui perantaraan agama begitu juga akhirat. Sahabat2 telah nampak dengan mata kepala mereka dunia dan akhirat dapat dengan agama.
Cara agama mesti dengan cara yang sebenar iaitu melalui iman yakin. Semua amalan kita mesti ikut cara Nabi s.a.w; i) Ibadat ii) Muamalat iii) Muasyarat iv) Akhlak v) Munakahat
Bila sunnah dihiasi dalam kehidupan, berapa banyak berkat akan datang! Bila agama sempurna, dunia pun jadi agama. 1. Pekerjaan 2. Tidur 3. Ekonomi 4. Perniagaan dll Dalam usaha dakwah, kita tak larang orang berniaga. Apa yang dikehendaki ialah bina iman dan amal yang betul dalam perniagaan. Nabi beritahu peniaga yang jujur akan dibangkitkan dikalangan Nabi dan sahabat. Mereka akan dilindungi arash.
Seorang yang buat perniagaan melalui cara agama dan hasilnya dibelanjakan dalam kerja dakwah, di akhirat dia di panggil duduk bersama para anbiya.
Perniagaan ialah satu wadah (bekas), bergantung kepada apa yang di isi. Perniagaan yang dijalankan dengan iman menjadi agama. Manakala perniagaan tanpa iman dipenuhi syirik. Ramai sahabat radiallahu anhum adalah peniaga. 1. Abu Bakar 2. Umar Al Khattab 3. Usman Affan 4. Talhah bin Ubaidillah 5. Ab. Rahman bin Auf
Mereka peniaga besar. Walaupun begitu, semenjak mereka didunia mereka dapat berita gembira masuk syurga. Banyak harta yang diperolehi dibelanjakan untuk agama.
Ab. Rahman bin Auf seorang yang sangat kaya. Unta dan muatannya penuh diMadinah. Bila wafatnya, hartanya dibahagikan dengan wasiat termasuklah bongkah emas yang besar. Untuk membahagikannnya ia perlu dipecahkan dan memerlukan tenaga orang muda. Tangan pemuda itu berdarah semasa memecahkannya kerana rumitnya memecahkan emas yang besar.Beliau dapat berita gembira masuk syurga kerana guna harta untuk usaha atas iman dan membelanjakannya untuk agama.
Usman r.a. sewaktu perang Tabuk telah infakkan hartanya untuk menanggung 10,000 (sepuluh ribu) orang keluar ke jalan Allah. Jumlah jemaah ialah 30,000 (tiga puluh ribu) orang. Dia menanggung 1/3 daripada keperluan jemaah tersebut bahkan telah memberi 1000 (seribu) keping wang emas kepada Nabi s.a.w.
Baginda s.a.w begitu suka dan telah memeluk beliau dan beritahu selepas ini apapun yang dia, Allah akan ampunkan dosanya. Bagiamanapun dia terus menginfakkan hartanya pada jalan Allah.
Bila jadi khalifah dia baiki Masjid Nabawi dengan hartanya sendiri. Lama masa ialah 10 bulan. Dia sendir mengawasi kerjanya dan tetap berpuasa. Katanya kepada pekerjanya: "Siapa yang bangunkan masjid didunia, Allah akan bangunkan istana untuknya disyurga."
Kalau agama datang, perniagaan pun jadi agama. Bila yakin rosak, perniagaan rosak dan kesannya buruk. Bila berniaga dengan modal yang haram, ia menjadi haram dunia dan akhirat. Di akhirat ia dipanggil: " Ya ayyuhal fujjar [ Wahai orang yang rosak]"
Seperti mana penzina wanita yang rosak, begitulah peniaga yang rosak akan dibangkitkan diakhirat.
Apapun yg kita nikmati & perolehi dari dunia ini, nampaknya seperti asbab tetapi hakikatnya dari Allah. Zat Allah tidak bergantung kepada asbab. Apa saja nikmat yang kita perolehi, semuanya dari Allah. Asbab yang Allah beri kepada kita terbahagi kepada 2:
1)Sebagai nikmat
2)Sebagai amanah
Oleh itu kita kena jaga supaya jangan nikmat ini menghalang kita dari kebahagiaan akhirat. Jangan jadikan ia penghalang kepada kebahagiaan yang kekal. Kita perlu usaha bagaimana asbab ini membantu kita taat kepada Allah. Jika tidak ia berubah menjadi asbab yang dilaknat.
BAGAIMANA?
Allah tidak suruh kita cari atau tinggalkan dunia tetapi cari agama.
Satu ketika Nabi panggil sahabat. Kamu datang dan saya akan kirim kamu keluar kejalan Allah. Kamu akan selamat dan pulang bawa ghanimah. Tetapi jawab sahabat itu: “Saya keluar hanya untuk cari redha Allah”. Sabda nabi: “Harta yang baik berada ditangan orang yang baik.”
Jibrail ajar doa:
“Allahummarzuqni tayyiban was ta’milni tayyiban” - Berilah daku rezeki yang baik dan gunakanku dalam amal yang baik.”
Semua ini di sampai dan di ajarkan kepada kita. Bagaimanakah tanggungjawab itu dapat ditunaikan? Kerana itulah Allah beri asbab untuk kita taat pada Allah.
Kata Maulana, orang Arab sering jumpa dengan kami dan tanya bagaimana buat kerja dunia dan agama? Hendaklah kita faham, apa kerja kita didunia? Usaha ini tidak suruh kita tinggalkan dunia tetapi ialah “tamassuk biddin [berpegang teguh pada agama]”
Gunakan asbab untuk jalan agama, cara Nabi s.a.w. Bila ia diwarnai dengan agama Allah akan beri 2 faedah:
1)Allah ganti di akhirat
2)Allah beri keberkatan didunia.
Perkara asas (buniyat) wujud untuk apa? Bila perkara ini kita tidak faham, kehidupan akan jadi rosak.
Hadirnya kita didunia ialah untuk kenal Allah. Tunduk kepadaNya dengan amal yang diredhai iaitu dengan cara nabi s.a.w. Apabila kefahaman rosak, hidup jadi rosak.
Maksud sebenar ialah kehidupan kita tegak diatas iman dan amal. Bila sibuk dengan asbab dan benda kita akan rosak. Kita kena usaha atas iman hingga iman kita jadi kuat dan hukum Allah tegak dalam diri kita. Perkara ini WAJIB.
Ada iman mauruts (warisan). Sesiapa pun yang dapat harta warisan dia akan berusaha supaya bertambah banyak. Contohnya:
·Tanah
·Kedai
Untuk bina iman warisan kepada iman matlub (yang dikehendaki), perlu usaha kepada usaha yang dibuat oleh anbiya. Usaha dakwah ialah usaha atas iman. Sebagaimana orang dunia tinggal anak isteri untuk dunia, maka bila dia bergerak untuk menjaja barangnya, maka ia akan bertambah.
Begitu juga apabila iman diusaha dengan menggunakan tenaga dan harta hingga wujud kesempurnaan (taqwa), ia akan menarik pintu keberkatan langit dan bumi terbuka.
Firman Allah swt:
“ Sekiranya penduduk disatu tempat beriman dan bertqwa kepada Allah, nescaya Allah akan membuka pintu keberkatan dari langit dan bumi….”
Iman ada 2 tahap:
·Apabila sampai tahap taqwa, ia menarik keberkatan dari langit.
·Sebaliknya jika iman warisan tidak diusaha, iman akan lemah hingga tidak dapat tunai takaza iman sehingga langgar perintah Allah.
Kehidupan manusia yang tenggelam dalam maksiat menarik musibah dari Allah Walaupun begitu, musibah yang datang hanya sedikit saja tapi banyak dosa yang dimaafkan oleh Allah.
Manusia terbahagi kepada 2:
1)Iman yang tidak sempurna melahirkan musyrik yang sempurna seperti Abu Jahal, Abu Lahab dll)
2)Bila ikut cara Nabi, maka akan lahir mukmin yang sempurna seperti Abu Bakar r.a.
Apabila tamat perang Badar, Nabi berada ditempat Abu Jahal mati. Baginda berdiri ditepi lubang ditempat dimana mayat mereka dibuang dan berkata:
Apa yang dijanjikan oleh tuhan kami, telah kami perolehi, Bagaimana dengan janji tuhan kamu..?”
Ini satu contoh bagaimana manusia yang usaha atas im.an hingga jadi bertaqwa seperti Abu Bakar. Manakala mereka yang tidak usaha atas iman akan jadi seperti Abu Jahal hingga dapat musibah.
Ada golongan yang ketiga iaitu kita. Saya dan tuan-tuan…Ada iman dan amal yang rosak yang juga bakal menarik azab Allah ke atas kita.
Musibah atas dunia ada 2 contoh.
1)Kerana menyempurnakan hukum Allah
2)Untuk membinasakan
Orang beriman juga ditimpa musibah tetapi keadaannya berbeza dari orang yang buat maksiat. Zahirnya Nampak susah tetapi hati tenang. Contohnya puasa. Dia yakin lapar dan haus kerana sempurnakan hukum Allah pasti diberi ganjaran oleh Allah.
Manakala orang yang lapar dan susah kerana dunia hidupnya susah, tidak tenang hingga dunianya terasa sempit. Tidak tahu apa yang menimpanya.
Syarikat perunding latihan yang menawarkan program/kursus pembangunan potensi insan secara holistik yang menggabungkan 3 elemen iaitu Spiritual, Intelligence and Emotional